Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arsenal catat kemenangan ketujuh berturut-turut

Mar 5, 2024 | 4:04 PM
Pemain tengah Arsenal, Declan Rice (kiri), meraikan jaringan beliau menentang Sheffield United pada 5 Mac bersama rakan sepasukannya, Jakub Kiwior (kanan).
Pemain tengah Arsenal, Declan Rice (kiri), meraikan jaringan beliau menentang Sheffield United pada 5 Mac bersama rakan sepasukannya, Jakub Kiwior (kanan). - Foto AFP

SHEFFIELD: Arsenal berjaya meraih kemenangan Liga Perdana England (EPL) ketujuh berturut-berturut selepas membenam Sheffield United di Bramall Lane.

Arsenal mendahului perlawanan 3-0 dalam hanya 13 minit pertama perlawanan.

Arsenal terus memaparkan kelebihan dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-0.

Martin Odegaard, Gabriel Martinelli, Kai Havertz, Declan Rice dan Ben White menjaringkan gol – dengan satu gol sendiri oleh Jayden Bogle – untuk pasukan Mikel Arteta.

Kemenangan itu memastikan Arsenal hanya dua mata di belakang pasukan teratas EPL, Liverpool.

Ini bermakna Arsenal masih berpeluang memenangi EPL musim ini, berbanding Sheffield United yang berkemungkinan besar tersingkir daripada EPL musim depan.

Arsenal menjaringkan gol pertama mereka pada minit kelima melalui Odegaard, dengan ramai terperanjat Arsenal mengambil masa sepantas itu untuk menjaringkan gol.

Mereka menggandakan jaringan pada minit ke-13 – melalui jaringan sendiri Bogle – dan jaringan Martinelli menjadikannya 3-0 tidak lama kemudian.

Penyokong Sheffield mula meninggalkan stadium pada separuh masa pertama kerana kecewa dengan prestasi pasukan mereka.

Pada minit ke-25, Havertz menjadikannya 4-0 dengan jaringannya melalui hantaran Martinelli.

Gerakan hebat Arsenal membolehkan mereka melepasi pertahanan Sheffield dengan mudah dan ini menghasilkan jaringan Rice pada minit ke-39.

Arsenal tidak menghentikan serangan pada separuh masa kedua dan menjaringkan satu lagi gol melalui Ben White pada minit ke-58.

Ini bermakna Arsenal merupakan pasukan England pertama memenangi tiga perlawanan bukan di tempat sendiri secara berturut-turut dengan lima atau lebih gol.

Sheffield United pula merupakan pasukan England pertama kalah empat perlawanan di tempat sendiri secara berturut-turut dalam semua pertandingan dan dibolosi lima atau lebih gol.

Selepas kemenangan lewat Liverpool atas Nottingham Forest pada 2 Mac, dan kemenangan Manchester City atas United pada 3 Mac, Arsenal perlu menang mengekori di belakang City atau Liverpool.

Rentak perlawanan itu ditentukan dalam masa dua minit pertama perlawanan apabila percubaan Arsenal terkena tiang gol dan satu lagi percubaan mereka nyaris-nyaris diselamatkan.

Dalam hanya 22 minit, Arsenal berjaya menghasilkan 10 percubaan.

Pada separuh masa pertama, Arsenal mempunyai 80 peratus kawalan bola.

Walaupun kelemahan Sheffield United begitu ketara, serangan Arsenal juga boleh dikatakan amat berbisa.

Mereka memenangi kesemua perlawanan EPL mereka pada 2024, menjaringkan 31 gol dalam hanya tujuh perlawanan.

Satu-satunya berita buruk yang dihadapi Arsenal semasa perlawanan itu adalah apabila Martinelli terpaksa dikeluarkan padang akibat kecederaan di kaki kanannya.

Dalam usaha untuk membangkitkan pasukan beliau, pengurus Sheffield United, Chris Wilder, memulakan barisan pertahanan yang jarang bermain bersama.

Selepas jaringan ketiga Arsenal, Wilder cuba memperkukuhkan barisan pertahanan dengan mengganti Ollie Norwood dengan satu lagi pemain pertahanan.

Namun, usaha beliau tidak cukup membendung Arsenal.

Namun lebih membimbangkan Wilder ialah tindakan penyokong kelabnya. Ramai daripada mereka mula meninggalkan stadium semasa perlawanan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg