Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Arsenal kembali bertaring, layak ke peringkat kalah mati

Nov 10, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal menempah tempat ke peringkat kalah mati Liga Europa dan melebarkan rekod permainan tanpa kalah kepada 15 permainan meskipun seri 0-0 dengan Sporting Lisbon di Stadium Emirates, kelmarin.



Pasukan gelaran Gunners pimpinan Unai Emery itu ternyata lebih hebat berbanding Lisbon yang telah menukar tiga pengurus mereka musim ini, namun hanya berkongsi satu mata.



Arsenal tetap menempah tempat sebagai salah satu daripada 32 pasukan yang layak, sedang Vorskla Poltava dari Ukraine tewas 1-0 di padang sendiri kepada Qarabag dari Azerbaijan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E itu.



Permainan tertangguh selama beberapa minit dalam separuh masa pertama apabila Danny Welbeck yang memulakan perminan selepas dinamakan dalam skuad England, terpaksa dibawa keluar padang akibat kecederaan parah selepas membuat tandukan yang diselamatkan Renan Ribeiro.



Pierre-Emerick Aubameyang yang menggantikan Welbeck mempunyai peluang terbaik permainan namun percubaan volinya tersasar sedikit daripada pintu gawang pada awal separuh masa kedua.



Arsenal terus memburu kemenangan namun gagal membolosi jentera pertahanan Lisbon.



Percubaan Henrikh Mkhitaryan dari jarak dekat berjaya diselamatkan Ribeir.



Pasukan Lisbon terpaksa bermain dengan 10 pemain lewat masa permainan apabila bekas pemain bek tengah Barcelona Jeremy Mathieu menjatuhkan Aubameyang.



Tetapi tendangan percuma pemain asal Gabon itu hanya sia-sia selepas bola melantun tinggi dari gawang.



Sementara itu Olivier Giroud mengakhiri kemarau gol dalam 11 permainan musim ini dengan membantu Chelsea menang 0-1 ke atas Bate Borisov di Belarus.



Pasukan Liga Perdana England itu bertahan meskipun Bate membuat tiga percubaan yang terkena palang gol dalam perlawanan yang mendebarkan itu.



"Saya memang berharap untuk menjaringkan gol seawal mungkin selepas Piala Dunia dan saya pula kurang berkesan dan nasib.



"Tapi saya perlu terus mencuba dan yakin dan itulah yang berlaku malam ini," kata Giroud kepada BT Sport - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >