Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal mara ke peringkat suku akhir selepas 14 tahun

Mar 13, 2024 | 11:27 AM



LONDON: Arsenal berjaya menyingkirkan Porto melalui sepakan penalti selepas perlawanan itu berakhir dengan agregat 1-1 untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun.


Porto, yang memenangi perlawanan pertama 1-0, terbukti lawan yang sukar untuk Arsenal, hingga penyokong Arsenal dibayangi kekecewaan Eropah sekali lagi.

Namun, Martin Odegaard, Kai Havertz, Bukayo Saka dan Declan Rice kesemuanya berjaya menjaringkan sepakan penalti mereka.

Percubaan penalti pemain pertahanan Porto, Wendell, terkena tiang dan penjaga gawang Arsenal, David Raya, menjadi wira perlawanan selepas beliau menyelamatkan percubaan Galeno untuk membantu Arsenal mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan sepakan penalti 4-2.

Jaringan Leandro Trossard pada separuh masa pertama menyamakan kedudukan agregat, tetapi Arsenal mendapati sukar membolosi pertahanan Porto sekali lagi.

Kededua pasukan masih seri selepas masa tambahan dan Arsenal terpaksa kekal tenang untuk sepakan penalti.

Kali terakhir Arsenal mara ke peringkat suku akhir adalah pada 2010, dengan mereka tewaskan Porto juga.

Kini Arsenal ke pusingan seterusnya dengan penuh yakin bahawa mereka boleh mara ke peringkat lebih jauh dalam pertandingan ini.

“Untuk mereka lakukan apa yang belum pernah dilakukan selama 14 tahun mencerminkan kesukarannya,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Sebelum ini Arsenal meraih lapan kemenangan perlawanan Liga Perdana England (EPL) berturut-turut untuk berada di puncak EPL, mengatasi Manchester City dan Liverpool.

“Mereka sanggup korbankan apa jua untuk menang,” tambah beliau.

Walaupun Porto menghasilkan persembahan yang mengagumkan, mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Taktik Porto untuk menjejas rentak serangan Arsenal terbukti berkesan apabila mereka mendapatkan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama mereka. Taktik yang sama terbukti berkesan untuk perlawanan ini juga.

Pertahanan Porto berjaya memastikan Arsenal menghasilkan peluang terhad, dengan peluang Odegaard merupakan peluang terbaik Arsenal pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Odegaard memanfaatkan kesilapan Pepe untuk menjaringkan gol, tetapi gol tersebut dibatalkan kerana Havertz didapati mengasari Pepe dalam gerakan tersebut.

Arteta menunjukkan ketidakpuasannya terhadap keputusan tersebut dan dilayangkan kad kuning.

Tidak lama kemudian, pemain sayap Porto, Francisco Conceicao, hampir-hampir berjaya menjaringkan gol tetapi Raya dapat menyelamatkannya.

Arsenal berhasil mendapatkan peluang terakhir perlawanan melalui Gabriel Jesus, yang hampir menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya dalam perlawanan, tetapi percubaannya diselamatkan oleh penjaga gawang Porto, Diogo Costa.

Perlawanan itu berakhir dengan agregat 1-1 dan Arsenal berjaya mengatasi Porto 4-2 dalam sepakan penalti dan akhirnya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >