Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal pamer ciri-ciri sang juara di hadapan Wenger

‘The Gunners’ kendalian Arteta teruskan prestasi cemerlang untuk perkukuh kedudukan di tangga teratas liga
Dec 27, 2022 | 06:10 PM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata Arsene Wenger “memilih detik yang tepat” untuk kembali ke Stadium Emirates semasa bekas pengurus legenda kelab itu menyaksikan The Gunners membuktikan kehebatan mereka untuk bergelar juara musim ini.


Pasukan muda Arteta bangkit daripada ketinggalan dalam babak pertama untuk menewaskan West Ham United 3-1 untuk melebarkan jurang di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) kepada tujuh mata apabila aksi disambung semula selepas Piala Dunia.


Wenger, yang merupakan pengurus terakhir Arsenal untuk menjulang trofi EPL, pulang ke stadium itu buat pertama kalinya sejak meletakkan jawatan pada 2018.


“Kehadirannya adalah sesuatu yang sangat, sangat dekat dengan kelab bola sepak ini, jadi terima kasih kepadanya kerana datang dan menonton perlawanan kami. Ia sangat bermakna untuk semua orang di kelab ini,” kata Arteta.


“Harapan saya melihatnya meluangkan lebih banyak masa bersama kami dan berada di sekeliling kami kerana beliau begitu berpengaruh.”


Arsenal memperluaskan kedudukan mereka di takhta liga daripada pencabar terdekat Newcastle, yang melonjak ke tangga kedua selepas menumpaskan Leicester City 3-0 baru-baru ini.


Pengurus Eddie Howe mengakui penyokong Newcastle kini mula mengimpikan peluang merebut kejuaraan EPL selepas kemenangan mereka di Stadium King Power. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >