Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal senyapkan pengkritik dengan kemenangan 1-0 ke atas City

Kali pertama The Gunners kalahkan Cityzens dalam perlawanan liga dalam lapan tahun
Oct 09, 2023 | 04:10 PM



LONDON: Apabila Arsenal mengalahkan Manchester City melalui sepakan penalti pada perlawanan Perisai Komuniti di Wembley, mereka menghadapi cemuhan mengenai cara mereka meraikan kemenangan itu.


Ia dianggap setakat perlawanan persahabatan yang merupakan hanya sebahagian kecil daripada persiapan pramusim City, justeru keputusan itu membawa sedikit kesan sahaja atau tidak relevan bagi Pep Guardiola dan pemainnya.

Penjelasan Arsenal mudah diterima, iaitu mereka telah memenangi sebuah piala, dan akhirnya menewaskan pesaing mereka – apatah lagi musim lalu City mengejar Arsenal tanpa henti hingga pasukan bimbingan Mikel Arteta itu retak dek tekanan pada fasa terakhir Liga Perdana England (EPL).

Pihak yang ragu-ragu bertanya apakah Arsenal akan lakukan jika mereka akhirnya berjaya menundukkan City dalam perlawanan liga selepas hampir lapan tahun tidak melakukannya.

Kini kita tahu. Kemenangan 1-0 ke atas City dalam perlawanan liga pada 8 Oktober adalah kemenangan yang jauh lebih besar dan penting daripada Perisai Komuniti, dilihat melalui kegembiraan pemain dan penyokong Arsenal.

Apabila perlawanan berbaki empat minit, nampaknya ia akan menjadi satu lagi kontroversi video penolong pengadil (VAR).

Kali ini perdebatannya ialah mengenai pengadil perlawanan, Michael Oliver, membenarkan pemain tengah City, Mateo Kovacic, kekal di padang.

Kovacic sudah dilayangkan kad kuning kerana mencederakan Martin Odegaard dengan teruk, tetapi beliau tidak dihukum apabila mengasari Declan Rice tidak lama selepas itu.

Kovacic sepatutnya dilayangkan kad merah.

Namun, tiba saat Gabriel Martinelli, yang cemerlang selepas dimasukkan pada separuh masa kedua, melepaskan rembatan yang terkena Nathan Ake lalu melepasi Ederson untuk masak ke dalam gawang.

Stadium Emirates meletus dengan sorakan peminat dan pemain selepas jaringan tersebut dan selepas Oliver membunyikan wisel penamat.

Arsenal telah berjaya mencapai kemenangan yang dianggap luar jangkauan.

Mereka akhirnya menang dalam perlawanan liga menentang City selepas 15 perlawanan tanpa kemenangan sejak lapan tahun lalu, termasuk 12 kekalahan berturut-turut.

Perlawanan itu kurang bermutu, yang merupakan satu kejutan kerana profil para pemain dalam perlawanan tersebut.

Namun, kemenangan ini mungkin terasa lebih manis buat Arsenal kerana mereka telah membuktikan mereka berdaya menentang pasukan kelas tinggi dan memperoleh kemenangan walaupun mereka tidak berada pada tahap terbaik.

Disiplin dan susunan Arsenal dicerminkan oleh statistik yang menunjukkan City melakukan hanya empat percubaan gol, jumlah paling sedikit bagi pasukan bimbingan Guardiola dalam perlawanan liga utama sejak April 2010.

City juga tidak mempunyai sentuhan dan ketajaman biasa mereka, dengan Erling Haaland dikawal pertahanan Arsenal.

Arsenal – Arteta, pemain dan penyokong – mendapatkan kemenangan yang mereka damba sekian lama, kemenangan yang sangat bermakna untuk mereka.

Kali ini tiada siapa boleh mempersoal hak mereka untuk meraikannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >