Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arshad Khamis meninggal dunia

Oct 12, 2018 | 1:46 PM
SELAMAT TINGGAL: Bekas pemain bola sepak negara, Arshad Khamis, meninggal dunia di rumahnya di Canada semalam.
SELAMAT TINGGAL: Bekas pemain bola sepak negara, Arshad Khamis, meninggal dunia di rumahnya di Canada semalam. - Foto IHSAN KELUARGA

BEKAS pemain bola sepak negara, Arshad Khamis, meninggal dunia di rumahnya di Vancouver, British Columbia, Canada, petang semalam (11 Oktober), dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 68 tahun, meninggal dunia sekitar 1.45 petang semalam waktu Canada (5.45 pagi tadi waktu Singapura) semasa duduk di sofa selepas pulang dari pasar raya dekat rumahnya.

Isterinya, Cik Jamilah Khamis, 60 tahun yang dihubungi menerusi panggilan jauh menceritakan beliau sedang memanaskan lauk sementara Allahyarham sedang menanti untuk makan bersama.

"Selepas panaskan lauk, saya tunggu seketika tapi beliau tak muncul. Saya ke sofa dan cuba kejutkannya, namun tiada respons dan ketika itulah saya hubungi pihak paramedik.

"Paramedik cuba lakukan yang terbaik tapi jantungnya sudah berhenti," katanya.

Semasa mudanya, Allahyarham pernah menyarung jersi negara di bawah pimpinan mendiang Choo Seng Quee dan Jita Singh.

Allahyarham yang berhijrah ke Canada pada 1992 turut meninggalkan tiga anak - seorang lelaki dan dua perempuan - serta tujuh cucu.

Difahamkan, Allahyarham juga sedang bersiap sedia untuk pulang ke Singapura Ahad ini sebagai persiapan bagi majlis walimah anak bongsunya, Cik Fharhaney Fulu, 28 tahun, yang dijadual berlangsung di sini Disember nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg