Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arteta hadapi dakwaan FA kerana kritik keputusan VAR

Nov 17, 2023 | 2:08 PM
KENA TINDAKAN: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyifatkan video penolong pengadil (VAR) membenarkan gol Newcastle sebagai “memalukan” dan “mengaibkan”.
KENA TINDAKAN: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyifatkan video penolong pengadil (VAR) membenarkan gol Newcastle sebagai “memalukan” dan “mengaibkan”. - Foto EPA-EFE

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) atas komen yang dibuatnya menyusuli kekalahan 0-1 mereka di tangan Newcastle.

Arteta, 41 tahun, menyifatkan keputusan video penolong pengadil (VAR) yang membenarkan gol Newcastle sebagai “memalukan” dan “mengaibkan”.

Jaringan Anthony Gordon mempunyai tiga pemeriksaan VAR dan semuanya dinilai memihak kepada Newcastle.

Arteta mempunyai sehingga Selasa untuk memberi tindak balas terhadap tuduhan itu.

“Mikel Arteta telah didakwa melanggar Peraturan FA E3.1 berikutan komen yang dibuatnya dalam wawancara media selepas perlawanan Liga Perdana Arsenal menentang Newcastle United pada 4 November.

“Komennya merupakan salah laku kerana ia menghina pegawai perlawanan dan/atau memudaratkan perlawanan dan/atau mencemarkan nama baik perlawanan,” kata kenyataan FA itu. 

Arsenal menyokong komen Arteta dalam satu kenyataan kelab, manakala warga Sepanyol itu kemudian berkata ia adalah “tanggungjawabnya” untuk mempertahankan kelab.

Kelab itu berkata cara pengadilan “tidak boleh diterima”, sambil menambah bahawa pemain, jurulatih dan penyokong semua “layak menerima yang lebih baik”.

Tiga bahagian di sekeliling gol Gordon diperiksa oleh VAR – untuk melihat sama ada bola terkeluar padang sebelum gol dijaringkan, sama ada terdapat kekasaran dan sama ada berlaku ofsaid.

Bercakap pada Match Officials Mic’d Up, sebuah program Produksi Liga Perdana England yang menganalisis keputusan VAR sejak beberapa bulan lalu, ketua pengadil, Howard Webb, menyokong keputusan pengadil di padang, Stuart Attwell, dan pasukan VAR, serta proses yang dicapai. 

Kekalahan kepada Newcastle menamatkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana musim ini untuk Arsenal, yang kini duduk di tangga ketiga – satu mata di belakang pendahulu, Manchester City. – Agensi berita. 

“Komennya merupakan salah laku kerana ia menghina pegawai perlawanan dan/atau memudaratkan perlawanan dan/atau mencemarkan nama baik perlawanan.”
Kenyataan Persatuan Bola Sepak England (FA).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg