Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kenyataan Arsenal tentang mutu pengadilan ‘berbahaya’: Gary Neville

Nov 07, 2023 | 03:37 PM



LONDON: Gesaan Arsenal agar tindakan diambil segera terhadap mutu pengadilan dalam Liga Perdana England (EPL) “berbahaya”, kata bekas pemain Manchester United, Gary Neville.


Gesaan itu menyusuli penilaian pengurus The Gunners, Mikel Arteta, berkenaan tahap pengadilan yang “tidak boleh diterima” semasa kekalahan 0-1 mereka kepada Newcastle United pada Ahad.

Arteta berkata keputusan membenarkan jaringan pemain Newcastle, Anthony Gordon, “memalukan”.

“Saya rasa kenyataan Arsenal tidak sesuai,” kata Neville.

Gol Gordon disemak oleh video penolong pengadil (VAR) bagi kedudukan ofsaid, kekasaran dan apakah bola telah keluar padang, tetapi hasil semakan itu berpihak pada Newcastle.

Arsenal berkata prestasi pengadil perlawanan itu “tidak boleh diterima”, sambil menambah bahawa pemain, jurulatih dan penyokong “layak mendapat yang lebih baik”.

Kenyataan kelab itu menyusuli ketidakpuasan Liverpool terhadap Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Berhad (PGMOL), iaitu badan induk bagi pengadil, selepas VAR gagal membatalkan keputusan salah dengan tidak membenarkan gol Luis Diaz.

Dalam perlawanan pada September itu Liverpool tewas 1-2 di tangan Tottenham.

Liverpool mendakwa “kewibawaan sukan terjejas” oleh kegagalan itu.

Neville menambah: “Liverpool membuat kenyataan mengejutkan kepada PGMOL beberapa minggu lalu di Spurs dan kami sedia maklum ia salah.

“Mereka tidak berpuas hati kerana gol Luis Diaz tidak dibenarkan. Liverpool, dalam kenyataannya, menyebut “kewibawaan sukan”, menilai semua pilihan (yang ada) dan mencadangkan agar perlawanan diulang.

“Saya rasa ia agak berbahaya. Kenyataan Arsenal juga agak berbahaya.”

PGMOL belum mengulas secara terbuka mengenai kritikan Arteta dan Arsenal, tetapi Neville berkata EPL mesti bertindak dan melindungi pengadilnya.

“Kelab harus berkelakuan lebih baik dalam situasi seperti itu dan saya melihat pada EPL pada masa ini, terutama kepimpinannya, kerana realitinya ialah mereka perlu melindungi pengadil,” ujarnya.

Beliau menambah: “Arsenal sebagai sebuah institusi atau kelab bola sepak yang mempunyai sejarah besar, mereka sepatutnya berkelakuan lebih baik.

“Mereka akan berasa kecewa dalam masa beberapa tahun akan datang terhadap sesiapa sahaja yang membenarkan kenyataan itu.”

Bekas kapten England, Steph Houghton, berkata “tidak konsisten adalah masalah besar” tetapi menambah bahawa reaksi Arteta “melampaui batas”.

Beliau berkata: “Anda (Arteta) betul untuk berasa marah dengan keputusan itu, tetapi cara perkataan itu diutarakan mempunyai (konotasi) yang menunjukkan rasa tidak tenang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >