SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Arteta: Pemain perlu salurkan rasa kecewa kepada motivasi berdepan Sporting

Arteta: Pemain perlu salurkan rasa kecewa kepada motivasi berdepan Sporting

Apr 7, 2026 | 2:17 PM

Arteta: Pemain perlu salurkan rasa kecewa kepada motivasi berdepan Sporting

Pengurus Arsenal Mikel Arteta mahu pemain pasukannya bangkit daripada kekalahan berturut-turut apabila menentang Sporting pada 7 April 2026.
Pengurus Arsenal Mikel Arteta mahu pemain pasukannya bangkit daripada kekalahan berturut-turut apabila menentang Sporting pada 7 April 2026. - Foto REUTERS

LISBON: Bos Arsenal Mikel Arteta berkata kekalahan berturut-turut mesti digunakan sebagai motivasi ketika pasukannya mengalihkan tumpuan kepada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang Sporting pada 7 April.

Kelab London itu tiba di Lisbon selepas kekalahan berturut-turut pertama mereka musim ini – 0-2 di tangan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Liga dan 1-2 kepada pasukan Kejohanan Southampton dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

“Kami perlu punyai perspektif tentang betapa sukarnya apa yang telah kami lakukan sehingga kini. Rasai kesakitan itu, gunakannya untuk memperbaiki diri,” kata Arteta kepada pemberita pada 6 April.

“Kami sangat jelas apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku. Inilah bola sepak,” tambahnya.

Dengan Arsenal dikurangkan daripada empat pertandingan kepada dua, Arteta berkata pemikiran yang tenang dan bukannya panik adalah kunci ketika pemainnya cuba bertindak balas di pentas Eropah.

“Saya fikir apa yang anda perlu lakukan adalah jelas, fahami mengapa ia berlaku dan apabila anda memahaminya, jadilah lebih baik, dan itulah yang perlu kami lakukan sekarang,” kata Arteta lagi.

Bukayo Saka, Eberechi Eze mahupun Jurrien Timber tidak akan dapat bermain untuk perlawanan pertama selepas trio itu tidak menyertai pasukan ke Portugal kerana kecederaan.

Namun, Arteta berharap mereka dapat kembali menyertai perlawanan pada hujung minggu.

Terdapat berita lebih baik di tempat lain, dengan Gabriel Magalhaes, Declan Rice dan Leandro Trossard dapat bermain selepas dilihat menyertai latihan.

Arsenal akan berdepan pasukan Sporting di Eropah musim ini, dengan juara Portugal itu ingin merebut sebaik-baik peluang dalam perlawanan dua pusingan itu.

Pemain tengah Sporting, Maxi Araujo, menolak cadangan bahawa Arsenal adalah pasukan pilihan pada perlawanan 7 April.

“Tiada pasukan pilihan dalam pertandingan kalah mati ini. Mereka bermain dengan baik, kami juga begitu,” kata beliau.

Pengurus sukan Rui Borges berkata hakikat bahawa Arsenal telah tewas beberapa perlawanan berturut-turut tidak membawa banyak makna.

“Mereka tentunya akan lebih fokus, bersedia menunjukkan kapasiti individu secara kolektif dan oleh itu saya fikir ia akan menjadikannya lebih sukar untuk kami,” kata Borges.

Perlawanan kedua ialah pada 15 April di Stadium Emirates.

Di antara kedua-dua perlawanan, Arsenal kembali berusaha untuk merebut gelaran Liga Perdana England (EPL) apabila pendahulu liga itu menentang Bournemouth pada 18 April. – Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg