Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Astaf usul sepak takraw diluaskan pada pemain keperluan khas

Dec 17, 2024 | 2:30 PM
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Encik Abdul Halim Kader.
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Encik Abdul Halim Kader. - Foto fail

Menjadikan sukan sepak takraw lebih inklusif dengan memberi peluang kepada golongan berkeperluan khas menikmati sukan tersebut.

Itulah usulan pesiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Encik Abdul Halim Kader, yang mahu sepak takraw diperkenalkan kepada golongan berkeperluan khas, seperti mereka yang pekak, bisu atau hanya sebelah tangannya berfungsi.

Untuk berbuat demikian, beliau mencadangkan beberapa perubahan kepada spesifikasi teknikal bagi pemain berkeperluan khas. Ini termasuk peralatan sukan itu dan ketinggian jaring diubah suai mengikut keperluan pemain.

Encik Abdul Halim juga mencadangkan sepak takraw bagi pemain berkeperluan khas diadakan secara dalam bulatan yang disertai enam pemain pada satu-satu masa.

Sebagai langkah pertama, Astaf dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) akan menghantar surat cadangan permainan sepak takraw bagi golongan berkeperluan khas kepada pihak berkuasa sukan dan pemerintah.

Kededua pertubuhan itu juga merancang menghubungi majlis sukan paralimpik di setiap negara untuk mendapatkan sokongan.

“Kami amat menghargai jika ahli persekutuan sepak takraw dan anggota Istaf mencari atlet keperluan khas yang boleh melibatkan diri dalam sukan ini dengan memberikan mereka peluang bermain permainan sepak takraw,” ujar Encik Abdul Halim dalam satu kenyataan.

“Saya yakin pada 2025/2026, Istaf boleh melaksanakan acara sepak takraw untuk golongan yang mempunyai keupayaan fizikal yang berlainan di pelbagai negara untuk permulaan, tidak terhad kepada Malaysia, Thailand, Indonesia, Iran, Singapura, India, Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah,” tambah beliau dalam kenyataan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg