Meskipun baru menyertai pasukan negara sekitar Jun 2024, Zulkanian Seman, Fuad Bakar dan Ahmad Ali Alkhatib telah mempamerkan prestasi membanggakan di Kejohanan Jiu-Jitsu Serantau Asia (Asia Tenggara).

Apatah lagi apabila salah seorang daripada mereka, Ahmad Ali, meraih pingat emas dalam kategori jiu-jitsu ‘fighting system’ bawah 56 kilogram lelaki.