PARIS: Atlet luncur lelayang atau kitefoil, Maximilian Maeder, dipuji kerana berjaya merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 yang membanggakan Singapura.
Dalam pada itu, atlet lain Singapura turut dipuji kerana “persembahan cekal dan semangat juang yang tidak menyerah kalah”.
Namun, terdapat ruang untuk para atlet tersebut menjadi “lebih berani” jika Singapura ingin lebih berjaya di Sukan Olimpik akan datang.
Pada sidang media untuk menggulung kempen bagi Sukan Olimpik Paris pada 10 Ogos, Ketua Institut Sukan Singapura (SSI), Su Chun Wei, memuji prestasi terbaik Maeder.
Remaja berusia 17 tahun itu meraih pingat luncur lelayang Olimpik pertama bagi Singapura, dan menjadi warga termuda Singapura yang memenangi pingat dalam sukan Olimpik.
Ia juga merupakan pingat pertama Singapura sejak bekas perenang negara, Joseph Schooling mencipta sejarah dengan memenangi emas di Sukan Olimpik Rio 2016.
Bagi meraikan pencapaian para atlet pasukan Singapura yang bertarung dalam Olimpik, satu perarakan bas terbuka bakal diadakan pada 14 Ogos, lapor The Straits Times (ST).
Perarakan tersebut akan membawa para atlet dari Bayfront Avenue melalui kawasan Chinatown, Orchard Road, Serangoon Road dan Victoria Street dari 11.30 pagi hingga 1 petang.
Su, yang disertai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Encik Chris Chan, dan bekas pelayar negara, Tan Wearn Haw, yang kini menjadi chef-de-mission, iaitu pemimpin kontinjen bagi pasukan atlet Singapura di Sukan Olimpik Paris, berkata:
“Kami amat berbangga dengan prestasi Max. Kita mungkin lupa bahawa beliau pada usia 17 tahun, telah mencapai apa yang ramai daripada kita tidak berani impikan pada usia itu.
“Memandangkan usia beliau yang muda, tiada had baginya (untuk terus maju). Kami percaya beliau akan menjadi lebih kuat, terus melakukan yang terbaik dan membanggakan Singapura.”
Di samping pencapaian beliau, terdapat juga beberapa berita lain yang menggembirakan dalam kalangan kontinjen 23 atlet yang mewakili Singapura.
Antara lain, hanya pelari pecut Marc Louis diberikan kuota kesejagatan.
Su menyebut penembak, Teh Xiu Hong, yang mencapai keputusan terbaik Sukan Olimpik Singapura dengan menduduki tempat ke-12 dalam acara 25 meter wanita, dan perenang, Gan Ching Hwee, yang memecah rekod nasional dalam acara gaya bebas 800 meter dan 1,500 meter wanita.
Pemain badminton Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min turut menunjukkan aksi mengagumkan dan mara ke pusingan kalah mati.
“
“Memandangkan usia beliau yang muda, tiada had baginya (untuk terus maju). Kami percaya beliau akan menjadi lebih kuat, terus melakukan yang terbaik dan membanggakan Singapura.”

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg