Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet S’pura Tia Rozario pecah rekod kebangsaan dalam dua lompatan

Tempat kelima (12.81 meter) dalam lompat kijang dan ke-11 (5.82 meter) dalam lompat jauh Kejohanan Tertutup Persidangan Pantai Atlantik
Feb 26, 2024 | 03:33 PM



Sudah lima tahun berturut-turut atlet lompat kijang Singapura, Tia Louise Rozario, tidak menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya di Singapura kerana mengikuti program sukan dan pengajian di Amerika Syarikat.

Namun pada Tahun Naga ini, pengorbanannya itu membawa ganjaran.

Rozario memecahkan dua rekod kebangsaan dalam lompat kijang dan lompat jauh wanita di tempat tertutup.

Pada Kejohanan Tertutup Persidangan Pantai Atlantik (ACC) pada 22 hingga 24 Februari di Boston, beliau menunjukkan prestasi baik dengan menduduki tempat kelima dalam lompat kijang dengan jarak lompatan 12.81 meter, dan ke-11 dalam lompat jauh dengan jarak lompatan 5.82 meter.

Kedua-dua jarak itu lebih baik daripada jarak 12.79 meter dan 5.80 meter yang dicatatnya pada Kejuaraan Tech Doc Hale di Virginia pada 3 Februari.

Atlet berusia 23 tahun itu memberitahu The Straits Times: “Saya sangat gembira mengenai pencapaian ini dan dapat mengakhiri musim ini dengan prestasi konsisten sejak dua bulan lalu.


“Ini adalah musim terbaik saya bagi acara tertutup dan ia satu persediaan baik bagi balapan luar, yang menjadi tumpuan saya sedang kita berusaha ke arah Sukan SEA 2025 dan kelayakan Sukan Asia 2026.

“Pada saya, rekod yang dicapai ini hasil persekitaran latihan baik dan konsisten dengan suasana seronok dan semua atlet lompat kijang dan lompat jauh berada di sini dan menyokong satu sama lain semasa masa sukar ini.

“Musim acara luar bermula pada Mac dan kejohanan pertama saya akan diadakan di Miami...

“Bagi acara luar, bantuan angin boleh membantu saya melompat lebih jauh. Saya harap dapat memanfaatkannya.”

Pada masa ini, Rozario mewakili Universiti Duke, tempat beliau sedang mengikuti pengajian sarjana dalam sains bioperubatan selepas menamatkan ijazah empat tahunnya dalam neurosains di Universiti Princeton.

Walaupun merindui keluarganya, beliau gembira berada bersama jurulatihnya, Tatijana Jacobson, dan rakan sepasukannya sebagai keluarga kedua.

Mengenai keluarganya, Rozario, yang bapanya Serani dan ibunya Cina, berkata:

“Ia memang satu pengorbanan tetapi saya bertuah keluarga saya menyokong apa yang saya lakukan, dan kami masih menyambutnya (Tahun Baru Cina) melalui Zoom dan panggilan FaceTime.”

Beliau gembira bercerita mengenai lompat kijang yang digemarinya, walaupun masih agak jauh daripada jarak kelayakan bagi Sukan SEA, iaitu 13.45 meter. Jarak kelayakan bagi lompat jauh ialah 6.02 meter.

Rozario, yang mencipta rekod kebangsaan lompat kijang tempat tertutup dengan jarak lompatan 12.92 meter pada 2023, berkata:

“Lompat kijang adalah acara utama saya sekarang. Saya memulakan latihan dalam lompat kijang pada 2019 dan saya masih belajar.

“Saya yakin mengenai dengan kemajuan saya tetapi masih banyak ruang untuk dibaiki. Saya belum mencapai potensi penuh saya.”

Jurulatih lompat kijang nasional, Valeri Obidko, berkata Rozario berpotensi menjadi pemenang pingat Sukan SEA dalam lompat kijang jika mereka meneruskan kerjasama selepas beliau menamatkan pengajian di Universiti Duke pada Mei.

“Kami cukup gembira mengenai kemajuan Tia. Beliau bertambah baik secara perlahan-lahan dan berterusan kerana beliau menghasilkan keputusan mantap.

“Dari segi teknikal beliau mantap dan masih perlu menambah baik dari segi latihan kekuatan dan kelajuan.

“Berdasarkan video yang beliau hantar dan pengalaman saya bekerja bersama ahli lompat Thailand dari 2016 hingga 2023, saya percaya program saya boleh membantu beliau mencapai lebih banyak kemajuan dalam lompat kijang dengan latihan dan persediaan yang betul,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >