Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet taekwondo Afghan pelarian pertama menang pingat Paralimpik

Aug 30, 2024 | 4:38 PM
Atlet taekwondo Afghanistan, Zakia Khudadadi, meraikan pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara taekwondo pada Paris 2024 pada 29 Ogos.
Atlet taekwondo Afghanistan, Zakia Khudadadi, meraikan pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara taekwondo pada Paris 2024 pada 29 Ogos. - Foto REUTERS

PARIS: Atlet paralimpik Afghanistan, Zakia Khudadadi, menyempurnakan satu perjalanan luar biasa untuk menjadi atlet pertama Pasukan Paralimpik Pelarian (RPT) memenangi pingat Paralimpik.

Ini apabila beliau merangkul gangsa dalam acara taekwondo pada Paris 2024 pada 29 Ogos.

Khudadadi mendapat tempat di podium apabila Ekinci Nurcihan, dari Turkey, menarik diri sebelum pertarungan bagi pingat gangsa dalam kategori K44-47 kilogram.

Khudadadi membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik Tokyo 2021 beberapa hari selepas beliau dibantu keluar dari Kabul, yang dikawal kumpulan Taleban.

Atlet berusia 25 tahun itu, yang diberikan suaka oleh Perancis, diberi sorakan seperti seorang penduduk tempatan oleh penonton di Grand Palais dan jurulatihnya, Haby Niare, yang memenangi pingat perak dalam acara taekwondo di Sukan Olimpik Rio pada 2016.

“Pingat ini hebat bukan untuk saya sahaja, malah untuk semua wanita di Afghanistan dan semua pelarian.

“Kami tidak akan berputus asa untuk perjuangan bagi kesaksamaan dan kebebasan di negara saya,” katanya dalam bahasa Perancis yang fasih.

Khudadadi, yang sudah mula memikirkan mengenai Sukan Paralimpik seterusnya di Los Angeles dan bercita-cita meraih emas, menyampaikan mesej mengenai kebebasan.

“Saya ingin menyampaikan pingat ini kepada seluruh dunia. Saya berharap suatu hari nanti akan ada kebebasan di negara saya, untuk seluruh dunia, untuk semua gadis, untuk semua wanita, untuk semua pelarian di dunia.

“(Harapan saya) kita semua berusaha ke arah itu bagi kebebasan dan kesaksamaan,” kata Khudadadi, yang menghidap atrofi pada lengannya sejak lahir. – Reuters.

Sekatan Taleban terhadap wanita dan kebebasan bersuara mendapat kritikan keras kumpulan hak asasi manusia dan banyak pemerintah luar negara, sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021.

Washington dan ibu negara Barat lain menyatakan bahawa pengiktirafan rasmi kepada pemerintah Taleban terhalang hingga kumpulan itu melindungi hak wanita dan membuka sekolah menengah untuk pelajar perempuan.

Taleban menyatakan ia menghormati hak wanita mengikut tafsirannya terhadap undang-undang Islam dan adat tempatan. – Reuters.

Laporan berkaitan
6 atlet yang gegarkan ParalimpikAug 30, 2021 | 9:00 AM
Temasya dibuka penuh warna-warniJul 12, 2024 | 5:33 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg