Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet terbaik dunia bakal saing dalam liga balapan baru

Jun 19, 2024 | 5:26 PM
Pemegang rekod lari lompat pagar 400 meter, Sydney McLaughlin-Levrone (kanan) merupakan antara atlet yang telah menandatangani bersama ‘Grand Slam Track’, liga balapan baru yang akan dilancarkan oleh pemenang empat pingat emas Olimpik, Michael Johnson. Beliau merasakan bahawa pertandingan ini merupakan langkah seterusnya untuk memajukan sukan tersebut.
Pemegang rekod lari lompat pagar 400 meter, Sydney McLaughlin-Levrone (kanan) merupakan antara atlet yang telah menandatangani bersama ‘Grand Slam Track’, liga balapan baru yang akan dilancarkan oleh pemenang empat pingat emas Olimpik, Michael Johnson. Beliau merasakan bahawa pertandingan ini merupakan langkah seterusnya untuk memajukan sukan tersebut. - Foto AFP

LOS ANGELES: Atlet ternama Amerika Syarikat, Michael Johnson, mengumumkan pelancaran satu liga balapan baru, Grand Slam Track, yang mana seramai 96 atlet terbaik akan bersaing setiap tahun bermula April 2025.

Liga itu akan bermula dengan dua acara selama tiga hari di Amerika dan dua perhentian antarabangsa, serta hadiah wang sekitar AS$3 juta ($4 juta) disediakan bagi setiap pertemuan.

Salah satu tapak acara akan berlangsung di Los Angeles, bandar hos bagi Olimpik 2028, kata Johnson.

Liga itu hanya akan memaparkan acara balapan, seperti lari pecut jarak dekat, jarak jauh dan lain-lain lagi untuk kededua kategori lelaki dan wanita, dan acara padang tidak akan diadakan.

Setiap kategori akan menampilkan atlet yang akan bersaing dalam dua acara larian bagi setiap pertemuan – sebagai contoh, pesaing lari pecut jarak dekat akan berlari dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Sebanyak AS$12.6 juta hadiah wang disediakan bagi keempat-empat pertemuan, selain bayaran asas dan bayaran penampilan.

Atlet yang meraih keputusan yang terbaik hasil gabungan dua acara mereka akan memenangi AS$100,000, dengan atlet tempat kedua memenangi AS$50,000 dan atlet tempat kelapan (terakhir) membawa pulang AS$10,000.

Pihak liga itu telah pun menandatangani kontrak dengan pemegang rekod dunia lompat pagar 400 meter wanita, Sydney McLaughlin-Levrone, yang akan menjadi antara 48 atlet yang akan turut serta dan komited untuk bersaing dalam kesemua empat pertemuan musim ini.

Seramai 48 lagi atlet akan dipelawa untuk mengambil bahagian berdasarkan “rekod prestasi serta prestasi semasa mereka” dan dibayar bagi penampilan untuk mengambil bahagian.

Ini bermakna 96 atlet keseluruhan akan bertanding pada setiap pertemuan.

Satu kenyataan menambah bahawa Grand Slam Track telah memperoleh lebih daripada AS$30 juta komitmen kewangan daripada pelabur dan rakan kongsi strategik mereka. – Agensi berita .

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg