Atlet wusyu Kimberly Ong menang pingat pertama S’pura
Sep 25, 2023 | 11:49 AM
RAIH PINGAT: Kimberly Ong menduduki tempat ketiga dengan mata 9.756, di belakang pemenang pingat emas Li Yi (9.786) dari Macau dan Liu Xuxu dari Hong King (9.756). - Foto SNOC
HANGZHOU: Eksponen Wusyu Kimberly Ong memenangi pingat pertama Singapura di Sukan Asia Hangzhou apabila beliau meraih gangsa dalam changquan wanita pada Isnin.
Di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, pemenang pingat emas Sukan SEA dua kali itu menduduki tempat ketiga dengan mata 9.756, di belakang pemenang pingat emas Li Yi (9.786) dari Macau dan Liu Xuxu dari Hong King (9.756) lapor The Straits Times.
Seorang lagi wakil Singapura, Zoe Tan, menduduki tempat keempat dengan markah 9.753.
Pingat Ong adalah yang ketujuh bagi Singapura dalam sukan wusyu di Sukan Asia. Pingat terakhir mereka di Asiad ialah pada 2014 apabila Tan Yan Ni memenangi gangsa dalam changquan wanita.
Laporan berkaitan
Sukan Asia: Bola sepak wanita S’pura tewas 0-7 kepada Korea Utara Sep 24, 2023 | 10:03 PM
Sepak takraw S’pura damba lebih pingat di Sukan AsiaSep 26, 2023 | 7:58 PM

