Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Asia: Bola sepak wanita S’pura tewas 0-7 kepada Korea Utara

Sep 24, 2023 | 10:03 PM



WENZHOU: Pencapaian penampilan sulung pasukan bola sepak wanita Singapura dalam Sukan Asia dicemari oleh kekalahan 0-7 di tangan Korea Utara dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C pada Ahad.

Walau demikian, skuad Singa wanita kendalian jurulatih Karim Bencherifa boleh berbangga dengan prestasi mereka menentang pasukan nombor 10 dunia itu di Stadium Pusat Sukan Wenzhou.

Singapura, yang berada 120 anak tangga di bawah seterunya itu, beraksi dalam edisi ke-19 Sukan Asia di Hangzhou, China, tanpa pemain bintangnya seperti Danelle Tan, Putri Syaliza Sazali dan Izzati Rosni dalam skuad seramai 22 pemain.

Sejak awal perlawanan, anak didik Bencherifa bergelut untuk mengawasi pemain Korea Utara yang jelas kelihatan lebih kuat dan fizikal.

Keenam-enam gol pertama Korea Utara dijaringkan menerusi tandukan dengan Singapura goyah ketika mempertahankan hantaran lintang dan sepakan penjuru.

Singapura hanya membolosi dua gol pada babak pertama yang diledakkan oleh Hong Songok pada minit ke-11 dan Ri Kumhyang tiga minit kemudian.

Namun, penjaga gol Singapura, Kusumawati Rosman - yang sepatutnya berbangga dengan penampilan ke-50 untuk skuad senior Singa - nampaknya lebih mudah melupakan hari ini, apabila beliau gagal menyelamatkan lima lagi gol dalam babak kedua.

Jaringan daripada Myong Yujong, Ju Hyosim, Ri Hak, Kim Kyongyong dan Sung Hyangsim pada separuh kedua menambah pada pesta gol Korea Utara dalam persembahan yang mengagumkan untuk menandakan kepulangan mereka dalam arena antarabangsa.

Agensi Antidadah Dunia (Wada) telah melarang bendera Korea Utara di semua acara sukan utama, di luar Sukan Olimpik dan Paralimpik, pada 2021 setelah negara itu gagal melaksanakan program ujian yang berkesan.

Sukan Asia Hangzhou ialah temasya sukan antarabangsa pertama yang dihadiri Korea Utara sejak edisi 2018 di Jakarta.

Korea Utara telah digantung daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sehingga akhir 2022, terlepas beraksi dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing tahun lalu, selepas gagal menghantar pasukan ke Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo.

Kekalahan Singapura itu menjadikan tugas Singapura lebih sukar untuk ke suku akhir dengan juara keseluruhan kumpulan ditentukan oleh mata atau perbezaan gol.

Singapura akan kembali ke stadium yang sama pada Rabu untuk menentang Korea Utara sekali lagi.

Kumpulan C hanya dianggotai dua pasukan selepas Kemboja, yang asalnya dijadual bersaing, menarik diri.

Bola sepak wanita diperkenal di Sukan Asia pada 1990, tetapi pasukan wanita Singapura tidak pernah mengambil bahagian dalam lapan kejohanan lalu.

Dalam acara sukan lain pada hari pertama persaingan di temasya sukan Hangzhou, pelawan pedang Singapura Kiria Tikanah terlepas ke suku akhir selepas tewas 11-15 kepada Choi Injeong dari Korea dalam pusingan 16 pesaing terbaik acara epee individu wanita.

Kiria, 23 tahun, yang sudah menang dua emas dan sebutir perak dalam epee berpasukan wanita di tiga edisi Sukan SEA yang lalu, akan kembali beraksi bagi acara tersebut pada Rabu.

Atlet taekwondo negara Diyanah Aqidah, dalam penampilan Sukan Asia pertamanya, pula berjaya sampai ke suku akhir poomsae individu wanita.

Beliau terkandas pada pusingan itu setelah dikalahkan wakil Chinese Taipei Chen Hsin Ya 106.8- 108.8.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >