Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Aubameyang ada potensi bantu Chelsea

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang mungkin pemain yang boleh membantu Graham Potter membina pasukan yang meraih kemenangan yang diidamkan di Chelsea.



Dan Aubameyang sekali lagi menunjukkan kehandalannya di depan gol semalam, menjaringkan gol kedua semasa Chelsea menewaskan AC Milan 0-2 di Stadium San Siro.



Ini bermakna Aubameyang telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan bagi Chelsea, termasuk dalam kededua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan AC Milan.



Pemain berusia 33 tahun yang berasal dari Gabon itu juga menjaringkan gol semasa Chelsea menewaskan Crystal Palae dalam Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, dan telah memperkukuh tempat dalam skuad Potter yang telah memenangi empat perlawanan dan seri satu dalam lima perlawanan pertama.



Namun Potter enggan menerima pujian yang dilontar kepadanya, sebagai pengurus yang berjaya mencungkil semula bakat Aubameyang yang bak hilang kebelakangan ini.



"Tidak kami tidak berbuat apa-apa... ini semua adalah kerana usahanya sendiri," kata Potter.



"Semasa beliau menyertai kelab ini, kami telah berbincang dan inilah hasilnya apabila kededua pihak saling memahami.



"Ramai orang tahu beliau pemain yang handal dan kini beliau tampak seperti sedang menikmati bola sepak dan kembali menjaringkan gol."



Bekas penjaga gawang Chelsea, Rob Green, yang kini menjadi seorang penganalisis bola sepak di BBC berkata perlawanan Chelsea dengan AC Milan menunjukkan keupayaan Aubameyang menjaringkan pelbagai jenis gol dan dalam keadaan yang berbeza-beza.



"Beliau mampu berada di kawasan yang bahaya untuk menjaringkan gol dan boleh menjaringkan gol hebat atau yang hanya perlukan sentuhan mudah... beliau penjaring gol yang lengkap," kata beliau.



Gol-gol yang dijaringkan semasa menentang AC Milan bermakna Aubameyang menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara buat julung-julung kali sejak 2017.



Kehadirannya bermakna Potter mungkin telah menemui penjaring gol berkualiti yang dinanti-nantikan sejak beliau menguruskan Brighton.



Pada musim 2021-21, Brighton mengakhiri musim di tangga ke-16 liga, tetapi berada di tangga kelima dalam ranking pasukan yang dijangka menjaringkan gol.



Ranking itu menunjukkan pasukan yang dipimpin Potter merintis banyak peluang gol, tetapi Brighton tidak mempunyai pemain yang boleh menyempurnakan peluang gol itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >