Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Australia sedia hadapi Georgia pada Sabtu

Sep 5, 2023 | 4:32 PM
PERLAWANAN PERSIAPAN: Pasukan Ragbi Australia bertemu Perancis dalam satu perlawanan persiapan bulan lalu di stadium State de France, Saint-Denis.
PERLAWANAN PERSIAPAN: Pasukan Ragbi Australia bertemu Perancis dalam satu perlawanan persiapan bulan lalu di stadium State de France, Saint-Denis. - Foto REUTERS

PARIS: Australia tidak lagi merenung kemelut kekalahan mereka lima kali berturut-turut sebelum ini sedang mereka bersiap menghadapi Georgia di Paris pada Sabtu dan ingin memulakan kempen mereka dalam Piala Dunia Ragbi Kumpulan C dengan penuh yakin.

Pemain penyerang barisan depan Dave Porecki mengisytiharkan bahawa suasana dalam skuad beliau berasa mereka adalah “pasukan yang akan berjaya”.

Sejak ketua jurulatih Eddie Jones kembali mengetuai pasukan awal tahun ini, usaha beliau belum mencatatkan hasil dengan beberapa pemain berpengalaman dikeluarkan daripada pertandingan dan digantikan beberapa darah muda baru.

“Kami tidak berasa ini suasana pasukan yang tewas 0-5 lagi sekarang,” kata Porecki kepada wartawan pada Isnin.

“Kami semua memahami tugas yang ditetapkan pada tahun ini, iaitu untuk membangunkan dan menyepadukan sebuah pasukan baru,” kata Porecki sambil menambah bahawa pasukannya sedang menuju ke arah yang betul.

“Ia tidak lagi berasa seolah-olah kami berada dalam suasana pasukan yang akan tewas, tetapi sebuah pasukan yang akan mencatat kemenangan.

“Kami mempunyai satu kumpulan baik pemain muda dalam tahun pertama mereka dan mereka adalah golongan yang kami harus perhatikan untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dalam sistem kami dengan baik.

“Dan mereka telah berbuat demikian sejauh ini,” tambah Porecki.

Australia kalah 41-17 kepada hos Piala Dunia, Perancis, dalam perlawanan persiapan terakhir bulan lalu.

Namun Porecki percaya anggota barisan depannya akan meraih keyakinan daripada prestasi mereka itu kerana mereka setanding dengan pasukan Perancis itu dalam mengatur gerakan.

“Kami melakukan dengan baik semasa menentang Perancis sebagai satu pasukan, yang sudah tentu membuat kami lebih keyakinan.

“Apa yang lebih baik sekarang adalah untuk melihat sama ada kami boleh memperbaikinya, bukan sahaja dalam ‘skrum’, malah membangunkan lagi prestasi kami secara konsisten kepada tahap final pertandingan ini dengan mudah,” kata beliau.

Georgia, yang terkenal dengan pemain barisan depan yang teguh, akan memberi cabaran segera kepada mereka.

“Kebanyakan cara permainan mereka adalah secara langsung dalam mengatur gerakan, dan mereka gemar bertarung secara fizikal dan kontak rapat.

“Kami tumpukan pemain barisan depan, dan kami perlu bersedia untuk melawan,” kata Porecki.

Australia juga perlu menghadapi Wales, Fiji dan Portugal dalam kumpulan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg