Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Awas City! Liverpool masih boleh buat kejutan

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas pemain Liverpool, Danny Murphy, yakin bahawa harapan kelab Anfield itu untuk menyaingi Manchester City bagi kejuaraan Liga Perdana tidak semestinya sudah berakhir.



Dalam tulisannya yang diterbitkan BBC Sport, bekas pemain midfield itu menyamakan cabaran yang dihadapi anak buah Jurgen Klopp itu sebagai mendaki gunung Everest, namun beliau tidak menolak kemungkinan gunung itu dapat ditakluki.



Murphy, yang merupakan penyokong pasukan Liverpool sejak zaman kanak-kanaknya dan kemudian tampil sebanyak 249 kali untuk kelab tersebut, berkata beliau yakin dengan kebolehan pasukan Liverpool sekarang.



"Manchester City memang menakjubkan dan cara mereka serta keupayaan mereka untuk terus menerus memenangi perlawanan demi perlawanan adalah sesuatu yang begitu hebat, jadi ia nampak seperti Liverpool perlu menakluki Everest untuk mempunyai harapan memenangi kejuaraan liga musim ini.



"Namun, kita harus ingat, Liverpool telah melakukannya sebelum ini.



"Buat masa sekarang, untuk bersaing dengan City tampak hampir mustahil, namun pasukan Klopp ini sudah beberapa kali mengatasi cabaran hebat," ujar beliau.



Bekas pemain berusia 44 tahun itu menambah:



"Jadi walaupun ia memerlukan satu usaha yang luar biasa untuk mereka meghalang City daripada mempertahankan kejuaraan mereka, ada beberapa sebab untuk kita tidak terlalu awal menutup kemungkinan bahawa Liverpool boleh melakukannya," ujar beliau.



Meskipun Murphy masih optimistik, seorang lagi bekas pemain Liverpool, Steve McManaman, yang juga pernah menyarung jersi Manchester City, tidak begitu pasti.



Liverpool kini menduduki tangga kedua, 11 mata di belakang City meskipun mempunyai satu perlawanan dalam tangan.



McManaman berkata meskipun secara matematik, ia bukan sesuatu yang mustahil, namun beliau tidak melihat City akan keciciran terlalu banyak mata.



"Secara logik, kita perlu melihat City kalah empat hingga lima perlawanan - kerana kita harus akur Liverpool juga akan keciciran mata. Saya tidak melihat City akan kalah dalam begitu banyak perlawanan. Mungkin satu atau dua keputusan yang tidak menyebelahinya, tetapi pasukan Pep ini terlalu berpengalaman, terlalu berbakat, untuk mensia-siakan kelebihan mereka sekarang," ujar beliau.



Akur, bekas pemain City, Micah Richards, pula berkata beliau berharap City akan keciciran beberapa mata supaya Liverpool dapat merapatkan jurang sekali gus menjadikan persaingan liga lebih menarik musim ini.



Namun, Richards berkata beliau tidak yakin ia mencukupi untuk Liverpool menjatuhkan City dari persada liga.



Menurutnya, seperkara yang dapat menjejas kemaraan pasukan di persada liga ialah apabila mereka menghadapi krisis kecederaan, terutama kepada pemain utama.



Namun, City telah menunjukkan, mereka boleh terus memenangi perlawanan tanpa pemain utama seperti Raheem Sterling, Riyad Mahrez dan lain-lain lagi, pemain penting yang beberapa kali tidak disertakan dalam kesebelasan utama.



"Mereka mempunyai pasukan yang lengkap. Mereka mempunyai identiti permainan yang diserap dalam setiap pemain. Jadi walaupun mereka berdepan masalah kecederaan, ada pemain lain yang dapat masuk mengisi tempat itu dan bermain dengan baik, sekali gus tidak menjejas rentak pasukan.



"Saya mahukan persaingan lebih sengit, jadi walau City keciciran beberapa mata, saya rasa ia adalah sesuatu yang positif bagi liga ini. Namun, untuk tercicir mata sehingga memberikan piala kepada Liverpool? Saya tidak rasa ia akan berlaku," ujar Richards lagi. - Agensi Berita.




 KLOPP MASIH ADA PELUANG



"Manchester City memang menakjubkan dan cara mereka serta keupayaan mereka untuk terus menerus memenangi perlawanan demi perlawanan adalah sesuatu yang begitu hebat, jadi ia nampak seperti Liverpool perlu menakluki Everest untuk mempunyai harapan memenangi kejuaraan liga musim ini.

Namun, kita harus ingat, Liverpool telah melakukannya sebelum ini.

Buat masa sekarang, untuk bersaing dengan City tampak hampir mustahil, namun pasukan Klopp ini sudah beberapa kali mengatasi cabaran hebat.''

- Danny Murphy, bekas pemain 'midfield' Liverpool.




 PEP TAK AKAN SESIAKAN KELEBIHAN



"Secara logik, kita perlu melihat City kalah empat hingga lima perlawanan - kerana kita harus akur Liverpool juga akan keciciran mata. Saya tidak melihat City akan kalah dalam begitu banyak perlawanan. Mungkin satu atau dua keputusan yang tidak menyebelahinya, tetapi pasukan Pep ini terlalu berpengalaman, terlalu berbakat, untuk mensia-siakan kelebihan mereka sekarang.''
- Steve McManaman, bekas pemain Liverpool.




KEDUDUKAN TERBARU EPL 

                                   Perlawanan  Mata 

 Manchester City              22            56 

 Liverpool                          21            45



Baki perlawanan dan jumlah mata hingga Sabtu malam: City 16, Liverpool 17




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >