Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayah Asisat Oshoala sudah tidak marah lagi... anak sudah jadi bintang Afrika

Aug 22, 2023 | 5:30 AM
HARAPAN MASA DEPAN:  Pencapaian Asisat menjadi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk mengikut jejaknya.
HARAPAN MASA DEPAN: Pencapaian Asisat menjadi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk mengikut jejaknya. - Foto REUTERS

AFRIKA: Alhaji Oshoala memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa beliau tidak berasa anaknya, Asisat Oshoala, mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak dan akan memarahinya apabila Asisat pulang daripada bermain bola bersama rakan-rakannya.

Rancangan beliau adalah untuk memastikan anak-anaknya berpendidikan tinggi.

Namun, beliau kini gembira kerana anaknya menjadi warga Nigeria yang pertama menjaringkan gol di tiga Piala Dunia berlainan.

Asasit mengejutkan orang ramai dan ayahnya apabila beliau membuka bajunya meraikan gol kemenangannya menentang Australia, di peringkat kumpulan.

“Ayah saya tidak puas hati cara saya meraikan gol tersebut,” katanya di Instagramnya, mendorong peminatnya untuk memohon ayahnya supaya memaafkannya.

“Reaksi itu penuh emosi dan ia secara tidak sengaja. Saya bangga dengan anak saya,” tanpa mendedahkan perbualan sepenuhnya. “Apa yang dikatakan adalah hanya antara saya dengan anak saya.”

Dalam satu dokumentari terbitan Fifa, Asisat mendedahkan tentang dilemanya untuk menyambung pembelajarannya dan menjadi seorang peguam atau mengejar minatnya bermain bola.

Beliau sedar akan kebolehannya bermain bola dan ingin bermain di tahap tertinggi.

Namun, ibu bapanya menentang hasratnya dan pertelingkahan besar tercetus dengan Asisat lari ke rumah neneknya.

Akhirnya,apabila menjangkau usia 15 tahun, ibu bapanya membiarkan beliau mengejar minatnya dan tercicir sekolah untuk menceburi kerjaya profesional dalam bola sepak setelah beliau dirujuk ke kelab tempatan FC Robo.

Emmanuel Osahon, pemilik dan ketua jurulatih kelab tersebut, memberitahu BBC bahawa komitmen Asisat menyerlah pada masa latihan.

Osahon menyatakan tentang kegigihan Asisat dan tidak mahu makan jika beliau tidak menjaringkan gol.

Jurulatihnya juga menyatakan bahawa kejayaan Asisat menjadi sumber inspirasi pemain muda wanita Nigeria untuk mengikuti jejaknya.

Asisat bermain di Nigeria sehingga 2015, kemudian berpindah ke Liverpool dan ke China sebelum menyertai Barcelona pada 2019.

Dua tahun kemudian, beliau menjadi pemain wanita Afrika pertama memenangi Liga Juara-juara Uefa.

Perjuangan beliau untuk memujuk keluarganya mendorongnya untuk membuka Akademi Asisat Oshoala, sekolah bola sepak bagi wanita.

Di lamannya, beliau komited untuk merintis jalan demi orang lain. Beliau menyatakan tentang keinginannya untuk menyumbang kembali dan memberi peluang kepada lebih ramai wanita untuk cemerlang dalam pelajaran dan sukan melalui akademinya.

Asisat telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Wanita Afrika terbaik sebanyak lima kali, sejak 2014.

Namun, sumbangannya bukan terhad di padang sahaja. Beliau telah menyuarakan tentang pertikaian dengan Persekutuan Bola Speak Nigeria mengenai bonus dan elaun yang tidak dibayar kepada skuad. Ini menjejas persiapan Piala Dunia pasukannya.

Beliau menekankan bahawa pemain-pemain hanya ingin memberi tumpuan kepada bola sepak.

Banyak keputusan yang mengejutkan telah disaksikan pada kejohanan tahun ini.

Asisat dan pasukannya mempunyai harapan untuk mengejutkan juara benua dan petanding kejuaraan, England.

“Pasukan kami berkebolehan, dan satu dunia sudah menyaksikannya,” kata Asisat dalam satu temu bual selepas permainannya menentang Australia.

Pastinya bapa beliau akan terpaku di kaca TV di rumah, menyokong anaknya. Beliau yakin Nigeria akan menang. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg