Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

PIALA FA MALAYSIA

Babak pertama final Piala FA: Kelantan 0 : 1 LionsXII

May 23, 2015 | 09:51 PM

WALAU Kelantan mencipta lebih banyak peluang semasa 45 minit pertama, jaringan berpihak 1-0 kepada LionsXII di final Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Gol dijaringkan oleh pemain sayap Faris Ramli yang mengawal kemas umpanan 'through-ball' dari Izzdin Shafiq pada minit kelapan, sebelum memperdaya Khairul Fahmi Che Mat dengan sentuhan kedua dan menyumbat bola ke dalam gawang yang kosong.

Kelantan beberapa kali menguji Izwan Mahbud, yang menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga gol pasti dari Wan Zack Haikal da nWan Zaharul Nizam.

Separuh masa kedua bakal mengundang permainan lebih terbuka, dengan Kelantan dijangka terus mengasak benteng LionsXII bagi mencari gol penyamaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3