Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Badan Atletik Dunia mungkin cuba kaedah baru ukur lepas landas lompat jauh

Feb 21, 2024 | 12:23 PM



LONDON: Badan penyelia atletik antarabangsa, Atletik Dunia, sedang merancang memperkenalkan kaedah baru mengukur lepas landas (take off) bagi lompat jauh.


Dalam kaedah baru itu, ‘zon lepas landas’ mungkin digunakan dan bukan garisan papan kayu tradisional, di mana lompatan tidak dikira jika kaki atlet melepasi garisan papan kayu itu.

Lompatan akan diukur dari tempat kaki hadapan atlet berlepas di dalam zon berlepas ke tempat kakinya mendarat di dalam petak.

Beliau menjelaskan: “Ini bermakna setiap lompatan dikira. Ia menambah kepada aksi dan drama pertandingan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Atletik Dunia, Jon Ridgeon.

Matlamat penyesuaian itu ialah untuk mengurangkan jumlah lompatan yang tidak dikira, ujar beliau.

Menurut Ridgeon, satu pertiga daripada semua lompatan dalam Kejohanan Dunia 2023 di Budapest tidak dikira kerana atlet melepasi garisan papan kayu.

“Itu tidak berguna dan membuang masa saja. Jadi kami sekarang sedang menguji zon lepas landas, dari papan (garisan).

“Pada masa yang sama, kami cuba mencari cara mendapatkan keputusan serta-merta supaya anda tidak perlu menunggu 20 atau 30 saat sebelum keputusan muncul, dan bagaimana kami dapat mempercepatkan semua proses ini,” tambah Ridgeon.

Percubaan kaedah baru dalam lompat jauh itu adalah salah satu contoh yang diberi Ridgeon untuk menunjukkan matlamat Atletik Dunia mempertingkatkan sukan olahraga serta menjadikan proses lebih cepat dan lebih menarik.

Beliau berkata: “Anda tidak boleh membuat perubahan dalam sukan yang pada asasnya dicipta 150 tahun lalu tanpa beberapa kontroversi.

“Jika anda telah bekerja keras seumur hidup anda untuk lompat tepat pada papan dengan sempurna dan kemudian tiba-tiba kami menggantikannya dengan zon lepas landas, saya faham mungkin ada tentangan awal.”

Juara lompat jauh Olimpik empat kali, Carl Lewis, mengkritik perubahan yang dicadang itu dan berkata melalui satu hantaran media sosial:

“Anda sepatutnya tunggu hingga 1 April untuk membuat jenaka April Fools.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >