Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bahagian mengujakan Litar Jalanan Marina Bay

Sep 14, 2023 | 06:59 PM



Sejak kali pertama perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura diadakan pada 2008, pelbagai aksi menarik dan membahayakan telah berlaku. Berita Harian menyenaraikan beberapa bahagian penting dalam perlumbaan di Litar Jalanan Marina Bay itu.


Turn 15-16: Berikutan pembentukan semula trek Grand Prix Singapura 2023, laluan lurus panjang di Raffles Avenue menggantikan Turn 16-19, yang sebelumnya memintas bahagian The Float @ Marina Bay. Ini memberi lebih banyak peluang kepada pelumba memotong lawan.


Turn 10: Beberapa pemandu menyatakan kebimbangan mereka tentang bebendul jalan yang tinggi dan keras di kawalan zig-zag pada Turn 10 litar jalanan itu.


Turn 10, yang dinamakan ‘Singapore Sling’, telah dibentuk semula bagi perlumbaan 2010 dalam usaha menjadikannya lebih selamat dan belokan lebih beransur-ansur dengan menggerakkan bebendul jalan. 

Pada 2013, sebelum perlumbaan, kawalan zig-zag itu telah dialihkan dan diganti dengan belokan kiri, menyebabkan masa pusingan yang lebih pantas.

Pit: Kemasukan lorong pit, yang bermula di sudut kedua yang terakhir dari litar 23 belokan itu, dianggap “sukar dan amat berbahaya” oleh beberapa pemandu kerana sifat pantas kedudukan belokan pada 2008.


Masalah itu terutamanya disebabkan oleh perbezaan kelajuan mereka yang memasuki pit dan mereka yang meneruskan perlumbaan pada pusingan lain dan perkongsian kededuanya di garisan perlumbaan yang sama.

Ia kemudian diubah suai sebelum pusingan kelayakan pada Sabtu dengan memanjangkan garisan kemasukan ke pit. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >