Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Baihakki sasar kembang bakat belia, dedah kepada banyak perlawanan

Bola sepak belia mendapat anjakan baru-baru ini dengan pelancaran Liga Belia Singapura (SYL) mulai 24 Februari. Berita Harian menyelami sebab liga tersebut dilancarkan dan menemu ramah salah seorang tulang belakang di sebalik idea SYL, Baihakki Khaizan.
Feb 09, 2024 | 03:07 PM



Sungguhpun Singapura mempunyai satu kejohanan bola sepak utama bagi peringkat elit untuk belia – merentasi tiga kumpulan usia iaitu bawah 15 tahun (U-15), bawah 17 tahun (U-17) dan bawah 21 tahun (U-21) – ia tidak cukup untuk mengembangkan kumpulan bakat pemain bola sepak negara ini.

Ini memandangkan penglibatan lebih ramai pemain belia merentasi peringkat usia yang lebih luas diperlukan agar kumpulan bakat dapat dikembangkan dan diasuh, kata Ketua Perancangan (Pejabat Divisyen Teknikal), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Baihakki Khaizan.

Berkongsi hal sedemikian kepada Berita Harian (BH) pada majlis pelancaran Liga Belia Singapura (SYL) baru-baru ini, bekas bek pertahanan Singapura itu menjelaskan pendedahan pemain belia kepada peringkat elit melalui kejohanan Liga Pusat Kecemerlangan (COE) FAS sebelum ini mengehadkan kumpulan bakat yang ada.


“Dengan hanya mengadakan COE sahaja, ia tidak mencukupi kerana kami faham bahawa apabila pemain menghadiri sesi pemilihan (pasukan yang terlibat dalam COE) dan mereka tidak dipilih, di situlah pemain ini berhenti (bermain secara serius).

“Oleh demikian, kumpulan bakat yang ada menjadi semakin kecil dan kami hanya bergantung kepada kumpulan (bakat) kecil ini untuk catatkan perkembangan,” jelasnya.

Baihakki merupakan antara tulang belakang SYL, yang bermatlamat mendedahkan belia kepada lebih banyak perlawanan bola sepak.

Ia dianjurkan bersama FAS dan Majlis Sukan Singapura (SportSG). Ia juga merupakan daya usaha di bawah projek bola sepak negara ‘Unleash The Roar!’ (UTR) pada 2020.

Bahkan dalam satu wawancara bersama BH pada Februari 2023, meningkatkan pendedahan perlawanan bola sepak di peringkat belia menjadi antara aspek yang telah beliau kenal pasti sebagai tumpuan utamanya apabila mula menyandang jawatannya itu.

Menurut kenyataan FAS, SYL diadakan buat julung-julung kalinya di sini mulai 24 Februari dengan sekitar 1,100 perlawanan akan dimainkan merentasi enam kumpulan usia iaitu U-8, U-10, U-12, U-13, U-15 dan U-17

Ia menambah bahawa hampir 3,800 pemain dengan lebih 200 pasukan berdaftar akan terlibat dalam liga itu.

Jumlah pasukan sedemikian jauh lebih tinggi berbanding pasukan yang ada dalam liga COE merentasi tiga kumpulan usia.

Menerusi laman rasmi FAS, Liga COE U-15 terdiri daripada sembilan pasukan, U-17 ada lapan pasukan manakala U-21 ada sembilan pasukan bagi musim 2023.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pasukan merentasi ketiga-tiga kumpulan usia kepada 26 pasukan.

Penglibatan lebih banyak pasukan, kata Baihakki, diharap dapat mengetengahkan lebih banyak kumpulan bakat dan sekali gus mengorak langkah pertama ke arah “perkembangan lebih baik” bagi bola sepak.

Beliau berkata: “Perkara paling penting di sini adalah kita perlu faham asas sesebuah akar umbi (dalam ekosistem bola sepak) dan pendedahan kepada jumlah perlawanan yang pemain dapat bermain setiap tahun.

“Ia perkara paling penting untuk kita fahami kerana inilah cara peringkat elit dikelolakan.”

Soal kumpulan bakat dalam pembangunan bola sepak Singapura timbul menyusuli keputusan kurang memberangsangkan skuad Singa dalam pertandingan antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Skuad bola sepak bawah 23 tahun misalnya hanya mampu mengutip satu mata dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja manakala pasukan senior gagal mara ke peringkat seterusnya dalam Kejuaraan AFF.

Mentelah Singapura menduduki tangga ke-153 dalam kedudukan Fifa, jauh di belakang gergasi bola sepak Asia Tenggara seperti Vietnam (tangga ke-94) dan Thailand (tangga ke-113).

Dengan demikian, anjakan didambakan peminat agar bola sepak Singapura dapat memacu ke arah kecemerlangan semula.

Sehubungan itu, beliau menambah: “Saya terdorong melihat semua pihak berkepentingan sepakat untuk memahami bahawa usaha sedemikian belum pernah dilakukan dalam sistem (pembangunan) belia bola sepak Singapura.

“Salah satu cabaran terbesar adalah untuk menyatukan pihak berkepentingan agar sealiran. Kita sebuah negara yang kecil jadi semua pihak perlu kongsi visi yang sama dan mereka mahu turut serta dalam usaha ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >