Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak belia dapat anjakan dengan liga kompetitif baru

Feb 06, 2024 | 08:51 PM



Lebih 200 pasukan berdaftar merentasi enam kumpulan usia akan berentap dalam Liga Belia Singapura (SYL) yang diadakan buat julung-julung kali di sini mulai 24 Februari.

Liga tersebut, satu inisiatif di bawah projek bola sepak negara ‘Unleash The Roar’ yang dilancarkan pada 2020, bertujuan mendedahkan belia kepada lebih banyak perlawanan bola sepak.

Ini setelah pasukan terlibat dalam SYL akan bermain secara purata 30 perlawanan bagi setiap musim – bergantung pada kategori usia pemain.

Ini di samping perlawanan kejohanan lain seperti Sukan Sekolah Nasional (NSG) bagi pemain yang terlibat.

Demikian dinyatakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semasa majlis pelancaran SYL di Stadium Negara pada 6 Februari.

Dalam satu kenyataan media oleh FAS, SYL – anjuran bersama FAS dan Sport Singapore (SportSG) – bakal menyaksikan sekitar 1,100 perlawanan diadakan semusim dengan penglibatan hampir 3,800 pemain.

Berkongsi kepada pihak media sebelum majlis bermula, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SportSG, Toh Boon Yi, menjelaskan bahawa pembangunan berstruktur penting untuk diterapkan dari peringkat belia.

“Tidak ada sukan di peringkat tinggi akan menjadi lengkap tanpa struktur pertandingan yang teguh di peringkat belia,” kata Toh. “Ini kerana ia membolehkan pemain yang terbaik kita mengambil bahagian dan bertanding dalam sistem sedemikian.

“Mereka boleh belajar, kembangkan bakat dan berseronok pada masa yang sama. Lebih dari itu, jika diterapkan dengan betul, hasil melakar laluan ke arah peringkat prestasi tertinggi akan datang dengan semula jadi.”

Presiden FAS, Bernard Tan, dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu, menjelaskan bahawa salah satu komponen penting bagi meningkatkan mutu bola sepak di peringkat belia adalah dengan adanya latihan dan perlawanan secara kerap.

“Jika Singapura ingin mempunyai masa hadapan dalam bola sepak, jelas kami perlu lakukan pembaikan dan ada sistem pembangunan berstruktur bagi anak-anak kita.

“SYL bertujuan memenuhi (komponen ini) pada skala yang besar,” jelas beliau.

Pengarah Teknikal FAS, Michael Browne, menjelaskan bahawa perlawanan kompetitif secara konsisten terhadap pihak lawan dengan taraf serupa “begitu penting untuk pembangunan pemain bola sepak muda”.

“Dengan SYL menyatukan bersama akademi tempatan, kelab Liga Perdana Singapura (SPL) dan pasukan asing, apa yang akan kita lihat adalah ekosistem yang menyokong semua peringkat, dan ia turut memberi Singapura laluan pencungkilan bakat yang jelas dari peringkat akar umbi hinggalah peringkat tinggi,” ujarnya. 

Menurut kenyataan media FAS, kumpulan usia U8, U10 dan U12 dikenali sebagai liga junior, yang menyaksikan pasukan terlibat dalam aksi yang diadakan setiap hujung minggu selama sekitar 33 minggu dan dikendali SportSG.

Bagi kumpulan usia U13, U15 dan U17 pula, ia disebut sebagai liga elit dan dikendali FAS.

Ia akan turut menyaksikan aksi pada setiap hujung minggu tetapi bagi tempoh yang lebih singkat sedikit berbanding liga junior.

FAS turut mengumumkan bahawa kesemua pemain SYL mempunyai Profil Pemain Belia FAS Individu yang disimpan dalam Pangkalan Data Kebangsaan bagi membolehkan pemilihan dalam Pusat Pembangunan Nasional (NDC) bagi “mengenal pasti anggota pasukan kebangsaan berpotensi”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >