TAHUN lalu, peserta kapal layar muda berbakat, Fathin Rasyiqin Mohamed Firdaus, menjuarai kejohanan keseluruhan dan bagi kategori budak perempuan Bawah 15 Tahun Kejohanan Kapal Layar Belia Fish & Co.
Fathin, yang akan mencecah usia 16 tahun kemudian membuktikan kehebatannya apabila membawa pulang pingat emas Sukan SEA bagi kategori perseorangan perlumbaan kelas Optimist di temasya yang berlangsung di Myanmar lewat tahun lalu.