Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Bakat muda Hakeme Said cetus semangat Brunei DPMM

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



PENYERANG Brunei DPMM, Hakeme Said, menarik perhatian serta pujian daripada peminat dan pengulas berkaitan persembahannya yang baik selepas menjaringkan dua gol dan melakukan tiga assists setakat ini dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Pemain berusia 20 tahun itu pencetus semangat DPMM, yang menghadapi masa sukar apabila kembali ke SPL lepas tiga tahun berehat. Juara 2019 itu di tangga ketujuh dalam senarai sembilan pasukan lepas tujuh perlawanan.



Persembahan baik Hakeme boleh dikaitkan dengan genetik, memandangkan beliau ada lapan adik-beradik lelaki yang semuanya pemain bola sepak. Dua daripada mereka - Shah Razen dan Adi - bermain bersama DPMM yang memenangi SPL 2019. Hakeme, yang juga dalam skuad itu, mula bermain semasa musim itu.



Beliau menjaringkan gol semasa penampilan sulung SPL dalam kemenangan 3-0 ke atas Geylang International, menjadikannya penjaring kedua termuda pada usia 16 tahun 175 hari, selepas Hariss Harun yang berusia 16 tahun 174 hari semasa menjaringkan gol bagi Singa Muda pada 2007.



"Saya mula bermain bola sepak ketika masih kecil. Ya, abang-abang saya memberi inspirasi kepada saya tetapi pada masa sama bermain sukan ini adalah pilihan saya. Saya terkejut dan sangat gembira apabila saya menjaringkan gol dalam perlawanan profesional pertama saya pada 2019," kata Hakeme.



Jurulatih DPMM Adrian Pennock, yang menerajui kemenangan SPL 2019 mereka, tidak terkejut oleh prestasi Hakeme. "Beliau seorang yang sangat berbakat seperti abang-abangnya. Saya fikir beliau mempunyai segala-galanya sebagai pemain bola sepak - rentak baik, keupayaan menggelecek, kaki hebat - itulah sebabnya beliau bagus tahun ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >