NAK salahkan ibu mengandung? Atau salahkan kelabnya? Atau salahkan tanah air yang menjadi tumpah darahnya?
Mungkin sudah suratan jika pemain berbakat keturunan Wales yang kini menyarung jersi kelab gergasi La Liga, Real Madrid, Gareth Bale, ditakdirkan tidak berpeluang ditabal anugerah tertinggi bola sepak - Anugerah Ballon d'Or bagi Pemain Terbaik Fifa - tahun ini.