MADRID: Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, percaya kejayaan pasukannya - yang menjulang mahkota kejuaraan La Liga buat kali ke-23 kelmarin - boleh menjadi batu loncatan untuk meneruskan penguasaannya di samping merangkul kejuaraan hatrik musim ini.
Bintang penyerang Argentina, Lionel Messi, muncul dengan gol kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid bagi menjamin kejuaraan kelima kelab Catalan itu dalam tujuh tahun - mengembalikan paku buah keras selepas Atletico ditabal juara musim lalu selepas kemenangan di Nou Camp tepat setahun lalu.