Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LA LIGA SEPANYOL

Barcelona pecat Koeman lepas kalah lagi, terbaru kepada Rayo Vallecano

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Ronald Koeman telah dipecat sebagai ketua jurulatih di Barcelona, hanya 14 bulan selepas dilantik bagi jawatan itu.



Barcelona hanya memungut 15 mata daripada 10 perlawanan La Liga Sepanyol setakat musim ini dan tewas dalam dua daripada tiga perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.



Ia sekarang menduduki tangga ke sembilan liga, enam mata di belakang pendahulu Real Madrid, selepas tewas kepada Rayo Vallecano kelmarin.



Kekalahan itu adalah yang ketiga dalam empat perlawanan terakhirnya, termasuk kepada seteru tradisi Real hujung minggu lalu.



Dalam satu kenyataannya, Barcelona berkata:



"Presiden kelab ini Joan Laporta telah memberitahu Koeman mengenai keputusan ini sejurus selepas perlawanan menentang Rayo Vallecano.



"Ronald Koeman akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya hari ini."



Koeman, pemain bertaraf bintang bagi Belanda, mengalami kesukaran berjaya sebagai jurulatih.



Beliau pernah memimpin pasukan nasional Belanda, tetapi pelibatannya dengan Everton dan Southampton dalam Liga Perdana England (EPL) juga berakhir dengan pemecatannya.



Di Barcelona, Koeman hanya mampu memimpin kelab itu ke tangga ketiga musim lalu.



Cabaran yang dihadapi Koeman di Barcelona juga bertambah selepas kelab itu mengalami masalah kewangan, yang menyebabkan ia kehilangan pemain azimat Lionel Messi, yang kini mewakili Paris Saint-Germain.



Menyusuli itu, Barcelona tidak mampu belanja untuk membeli pemain baru, dengan beberapa pemain, seperti Memphis Depay, Sergio Aguero dan Eric Garcia, menyertai kelab itu secara percuma.



Penyerang Luuk de Jong pula dipinjam daripada Sevilla. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >