Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Baru dipecat Leeds, pengurus Jesse Marsch dicari Southampton

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Bekas bos Leeds United Jesse Marsch pilihan utama Southampton untuk menggantikan Nathan Jones selaku pengurus kelab itu.



Marsch dipecat Leeds hanya lapan hari lalu dan walaupun perbincangan telah berlangsung, masih ada perkara perlu diselesaikan sebelum perjanjian dimuktamadkan.



Saints memecat Jones pada Ahad, hari mereka tewas kepada pasukan 10 pemain Wolves, menyebabkan mereka tercorot di tangga Liga Perdana England (EPL).



Mereka akan bertemu Chelsea di Stamford Bridge Sabtu ini, sebelum menentang Leeds seminggu kemudian.



Lembaga pengarah Southampton menerima minat daripada beberapa calon lain, termasuk bekas bos Everton Frank Lampard, dan pengurus DC United Wayne Rooney, untuk mengisi "kerusi panas" kelab itu, tetapi mereka melihat gaya pengurusan Marsch paling sesuai untuk merangsang prestasi skuad kelab itu sedang mereka cuba mengelak penyingkiran.



Saints mendapat hanya 15 mata daripada 22 perlawanan liga musim ini, dengan mencatat empat kemenangan, tiga seri dan 15 kekalahan.



Marsch dilihat sebagai pemidato dan jurulatih bersikap positif serta mempunyai memiliki pengalaman Liga Perdana.



Beliau juga datang daripada barisan jurulatih Red Bull, sama seperti bekas pengurus Southampton Ralph Hasenhuttl, dan dijangka dapat menerapkan idea-ideanya pada pemain dengan pantas.



Marsch dilihat sebagai kemungkinan pengganti Hasenhuttl, yang dipecat pada November, sebelum Sport Republic membeli kelab itu tahun lalu.



Beliau mengambil alih di Leeds pada hujung Februari semasa kelab itu berada di tangga k-16 Liga Perdana dan membantu mereka mengelak penyingkiran ke Liga Championship hasil kemenangan 2-1 di Brentford pada perlawanan terakhir musim lalu.



Rakyat Amerika Syarikat itu pernah menguruskan RB Leipzig, New York Red Bulls and Red Bull Salzburg.



Beliau dipecat Leeds selepas kurang setahun memimpin kelab itu menyusuli tujuh perlawanan EPL tanpa kemenangan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >