Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Baseball United bawa besbol profesional ke Saudi

Mar 6, 2024 | 3:19 PM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baseball United, Kash Shaikh, berkata pihaknya berbesar hati dapat menyertakan besbol dalam rancangan pengembangan sukan Arab Saudi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baseball United, Kash Shaikh, berkata pihaknya berbesar hati dapat menyertakan besbol dalam rancangan pengembangan sukan Arab Saudi. - Foto BASEBALL UNITED

RIYADH: Baseball United telah menandatangani satu perjanjian yang memberinya tempoh tanpa had untuk menganjurkan liga dan kejohanan profesional besbolnya di Arab Saudi.

Kerjasama dengan Persekutuan Besbol dan Sofbol Saudi (SBSF) itu diumumkan pada 6 Mac oleh Baseball United, sebuah liga besbol profesional pertama yang memberi tumpuan pada Timur Tengah dan benua kecil India.

Ia menandakan kali pertama sukan besbol profesional akan dibawa ke Saudi.

Baseball United diasaskan pada Julai 2022 dan ia bermula dengan dua perlawanan pertunjukan di Dubai pada November 2023.

Kerjasama itu juga termasuk hak perniagaan francais baru Baseball United mewakili Riyadh, Jeddah dan Dammam – tiga bandar terbesar Saudi.

“Arab Saudi kini menetapkan rentak bagi pembangunan, pelaburan dan pengembangan sukan di kerajaan itu dan luar negara.

“Kami berbesar hati dapat menyertakan besbol dalam rancangan bercita-cita tinggi itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baseball United, Kash Shaikh, dalam satu kenyataan.

“Perjanjian ini meningkatkan dengan ketara kedudukan dan jejak Baseball United di rantau ini, dan membolehkan kami bekerja pada peringkat akar umbi untuk membantu mengembangkan permainan ini di negara terbesar Timur Tengah.”

Sebagai sebahagian perjanjian itu, Baseball United juga akan membuka satu anak syarikat di Saudi dan bekerjasama dengan SBSF untuk membangunkan besbol di negara itu.

SBSF, yang ditubuhkan pada 2019, akan bekerjasama dengan Baseball United juga untuk membangunkan pasukan kebangsaan dengan matlamat bersaing dalam kejohanan Konfederasi Besbol Sofbol Dunia akan datang. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg