Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas juara ‘heavyweight’ MMA kini beralih ke tinju

Nov 16, 2023 | 02:15 PM



LONDON: Francis Ngannou telah diletakkan dalam ranking ke-10 kategori heavyweight oleh Majlis Tinju Sedunia (WBC) selepas pertarungannya menentang Tyson Fury.


Ngannou, 37 tahun, yang merupakan bekas juara heavyweight seni bela diri campuran (MMA) UFC, tewas tipis kepada Fury berdasarkan mata yang diberi pengadil – meskipun beliau telah menjatuhkan petinju Britain itu.


Kejuaraan WBC Fury tidak dipertaruhkan memandangkan semasa pertandingan itu berlangsung, Ngannou belum diletakkan dalam sebarang kedudukan ranking oleh WBC.

Namun semasa konvensyen 2023, WBC berkata Ngannou diletakkan dalam ranking ke-10 dengan seorang lagi petinju, Deontay Wilder, berada dalam ranking pertama sementara Anthony Joshua di kedudukan kedua.

WBC merupakan pertubuhan bertanggungjawab atas ranking dunia mereka sendiri, dengan Persekutuan Tinju Sedunia (IBF), Pertubuhan Tinju Sedunia (WBO), dan Persatuan Tinju Sedunia (WBA) juga mempunyai ranking masing-masing.

WBC juga mengumumkan penentang utama bagi kejuaraan yang kini dipegang Fury hanya akan dinamakan sehingga 2024.

Fury dijadualkan menentang juara WBA, WBO dan IBF, Oleksandr Usyk, dalam satu pertandingan pada Februari 2024.

Sementara itu, Ngannou merancang meneruskan kerjaya tinjunya dan telah dikaitkan dengan pertandingan menentang bekas juara dunia, Joshua dan Wilder.

Bagaimanapun Joshua dan Wilder dijadual bertarung dengan pesaing lain pada 23 Disember di Arab Saudi.

Kedua-dua mereka kemudian berpeluang menentang satu sama lain pada 2024. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >