Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas kapten Young Lions tekad bantu Hougang United terus maju

Aug 19, 2025 | 5:30 AM
Hougang, Young Lions, Ryaan
Semasa bermain di Kemboja, Ryaan Sanizal (depan) kurang menyerlah. Tapi kini beliau berharap membantu pasukan barunya, Hougang United mengecap kejayaan jangka panjang. - Foto BH oleh KHALID BABA

Ryaan Sanizal merupakan antara pemain dalam pasukan Singa Muda yang mengalami keputusan mengecewakan semasa Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Namun, kekecewaan itu tidak menghambat semangat beliau untuk terus mewakili negara, malah peristiwa itu membakarkan lagi semangat beliau untuk menjadi antara pemain utama pasukan Singa.

“Kita bukan setakat kalah, tapi dibelasah. Memalukan, tapi kami tetap bertanggungjawab atas kekalahan itu,” kata pemain pertahanan berusia 23 tahun itu semasa ditemui Berita Harian.

“Perkara itu jadi pengajaran – kalau tidak bersedia, kita akan dihukum. Saya tidak mahu lalui pengalaman itu lagi.”

Bekas kapten Young Lions itu kini bersama kelab Hougang United, dengan harapan dapat meningkatkan kerjayanya dengan menyumbang kepada kelab yang menetapkan sasaran untuk menamatkan saingan Liga Perdana Singapura (SPL) di tiga tempat teratas.

Beliau juga berharap untuk mengukuhkan tempatnya dalam pasukan kebangsaan.

Ryaan mendedahkan bahawa beliau hampir dipanggil untuk sertai skuad Singa menentang Bangladesh pada 10 Jun, namun kecederaan yang dialami telah menghalangnya daripada berbuat demikian.

“Saya sudah bersedia dan semuanya sudah diatur. Tapi seminggu sebelum berlepas ke Bangladesh, saya cedera. Memang kecewa,” kata pemain pertahanan yang mempunyai tiga penampilan dalam pasukan Singa senior.

“Tapi saya percaya, semua berlaku ada sebabnya. Sekarang, fokus saya adalah untuk kekal cergas dan konsisten.”

Ryaan juga sedar bahawa dalam beliau kini dalam usia di mana waktu bermain amat berharga dalam pembangunan beliau sebagai pemain.

Walaupun ditawarkan kontrak di BG Tampines Rovers, beliau membuat keputusan berani untuk mencari peluang agar dapat bermain dengan lebih konsisten.

“Saya tidak mahu hanya duduk di bangku simpanan tanpa bermain,” ujarnya.

Ketua jurulatih Hougang United, Robert Eziakor, merupakan antara yang terawal menyuarakan minat ke atas pemain itu.

Ryaan berkongsi bahawa beliau diyakinkan dengan rancangan yang dibentangkan jurulatih Hougang itu.

Ryaan diberitahu bahawa di Hougang, beliau dianggap bukan sebagai pemain baru.

Kemampuannya bermain di kededua bahagian tengah pertahanan tengah menjadikannya pemain penting dalam perancangan taktikal pasukan, terutama dengan peraturan tujuh pemain import baru dalam SPL.

“Beliau juga lihat saya sebagai sebahagian daripada kumpulan kepimpinan bersama Anders (Aplin) dan Yoshi (Ryohei Yoshiyama).”

Namun, kebolehan tersebut tidak datang secara semula jadi, sebaliknya diasah sejak 2020.

“Dulu di Tampines, semua pemain utama di bahagian pertahanan lebih selesa berkaki kanan dan bermain di bahagian kanan. Jadi saya latih diri bermain di kiri untuk tambah nilai dan menyerlah,” kata pelajar sambilan bidang psikologi tahun pertama di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu.

Berbanding menjadikan seorang pemain sebagai idola beliau, Ryaan memilih untuk belajar daripada beberapa pemain bola sepak tempatan.

“Saya lihat Hassan Sunny dari segi penjagaan diri, Hariss Harun bagi kepimpinan, sementara Safuwan Baharudin bagi konsistensi,” katanya.

Baginya, ‘perlawanan sempurna’ cukup mudah dan jelas.

Clean sheet. Itu paling penting. Kalau gawang tidak dibolos, kita tidak akan kalah. Kalau boleh buat 100 peratus hantaran tepat dan sumbang gol atau assist, itu bonus. Tapi tugas saya sebagai pemain pertahanan mesti dilaksanakan dulu.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg