PORT OF SPAIN (Sepanyol): Bekas naib presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jack Warner, mengejek bahawa barisan kepimpinan baru badan induk bola sepak dunia itu sedang berusaha menyamannya sambil menegaskan Fifa berhutang dengannya sejumlah wang.
"Saya tidak berhutang dengan Fifa dan Fifa sebenarnya yang berhutang dengan saya tetapi kami akan menyelesaikan masalah ini kemudian," kata Warner memberitahu kepada pemberita di Dewan Keadilan di Port of Sepanyol.