Bekas paralimpik Jovin Tan raih emas di gelanggang boccia
Bekas paralimpik Jovin Tan raih emas di gelanggang boccia
Perenang S’pura Toh Wei Soong turut menang emas dalam acara 100 meter gaya bebas S7
Atlet boccia Singapura, Jovin Tan, meraih pingat emas dalam pertarungan akhir BC1 lelaki pada 23 Januari apabila beliau menewaskan pemain pilihan tuan rumah, Witsanu Huadpradit, 4-1 di Dewan Korat Chatchai di Thailand
Tan, yang dilahirkan dengan cerebral palsy – satu keadaan yang menjejas kawalan anggota badannya – meraih 2-0, 1-0, 1-0, 0-1 dalam empat tempoh untuk meraih gelaran juara boccia Sukan Para Asean (APG) pertamanya.
Dimainkan oleh atlet berkerusi roda yang mengalami masalah kemahiran motor, matlamat sukan boccia ini adalah untuk membaling bola sedekat mungkin dengan bola sasaran putih yang dikenali sebagai ‘jack’.
Dalam perlawanan akhir pada 23 Januari, Tan, pemain nombor 16 dunia, mendahului 2-0 pada separuh masa pertama selepas kesilapan Witsanu, yang berada di kedudukan ke-15 dunia, dengan bola terakhir pada tempoh tersebut.
Dalam tempoh kedua yang sengit, selepas menggunakan keenam-enam bola yang diperuntukkan kepadanya, atlet Thai itu tidak dapat mendekati ‘jack’ dan Tan, yang mempunyai baki dua bola, memutuskan untuk tidak menggunakannya.
Tan kemudian melakukan ‘perfect backspin’ pada bola terakhirnya pada tempoh berikutnya untuk merampas satu lagi mata daripada lawannya.
Walaupun usaha terbaiknya pada tempoh keempat dan terakhir, Witsanu menggunakan kesemua enam bolanya dan tidak dapat membaling lebih banyak bola lebih dekat dengan ‘jack’ dan atlet Singapura itu, yang sudah pasti akan menang, memutuskan untuk tidak menggunakan lima daripada baki bolanya.
Sementara itu, dalam pusingan akhir acara renang di Kompleks Renang Nakhon Rachatsima, perenang Singapura Toh Wei Soong meraih pingat emas dalam acara 100 meter gaya bebas S7 lelaki dengan masa satu minit 5.28 saat.
Atlet Filipina Ernie Gawilan menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:09.32 manakala Sittichaiphonniti Kaweewat dari Thailand menduduki tempat ketiga (1:14.79).
Toh sebelum ini telah meraih sebutir perak dalam acara 400 meter bebas S7 lelaki dan sebutir gangsa dalam acara 100 meter belakang lelaki S7/S8.
Pasukan negara kini telah memenangi lima emas, dua perak dan tiga gangsa.

