Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas penolong jurulatih Jepun bakal dinamakan ketua jurulatih Singa

Jan 31, 2024 | 05:30 AM



Seorang lagi warga Jepun dijangka mengisi “kerusi panas” pasukan bola sepak nasional Singapura. 

Menurut sumber Berita Harian (BH), bekas penolong jurulatih pasukan bola sepak nasional Jepun, Tsutomu Ogura, bakal dinamakan sebagai ketua jurulatih skuad Singa tidak lama lagi berikutan pemecatan Takayuki Nishigaya.

Jika pelantikannya disahkan, beliau akan menjadi jurulatih Jepun yang ketiga berturut-turut untuk mengendalikan pasukan Singa.

Ogura, 57 tahun, merupakan bekas penolong jurulatih pasukan nasional Jepun pada 2006 hingga 2010, sebelum menggalas jawatan sama dalam pasukan Olimpik negara itu pada 2010 hingga 2012.

Beliau kemudian bertugas di beberapa kelab Jepun, dengan jawatan terakhir adalah sebagai penolong jurulatih Tokyo Verdy.

Pasukan itu menamatkan Liga J2 musim lalu di tempat ketiga, dan dinaikkan ke liga teratas bola sepak Jepun.

Tokyo Verdy pada awal Januari berkata Ogura telah meninggalkan kelab itu.

Pada 29 Januari, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa Nishigaya telah dipecat, memberi sebab “persembahan dan keputusan pasukan nasional baru-baru ini berada di bawah jangkaan”.

Beliau telah menang lapan, kalah lapan dan seri lima dalam 21 perlawanan kendaliannya, termasuk dibaham Malaysia 1-4, yang menyaksikan Singapura tersingkir dalam Kejohanan AFF pada Januari 2023.

Nishigaya, 50 tahun, dilantik dalam perjanjian selama dua tahun pada April 2022 sebagai pengganti Tatsuma Yoshida, yang melepaskan jawatannya pada Disember 2021, setahun sebelum tamat kontraknya.

Beliau disarankan kepada FAS oleh jawatankuasa teknikal Persatuan Bola Sepak Jepun, dan dilantik oleh panel yang terdiri daripada presiden FAS ketika itu, Lim Kia Tong; presiden semasa, Bernard Tan; naib presiden, Teo Hock Seng; anggota majlis, Goh Tat Chuan; dan setiausaha agung, Yazeen Buhari.

Dalam satu kenyataan, FAS berkata keputusan memecat Nishigaya “dicapai selepas pertimbangan yang teliti”, dan seorang pengganti baru akan diumumkan kelak.

BH telah menghubungi FAS untuk mendapatkan pengesahan mengenai pelantikan Ogura.

Namun, ujian sukar menanti ketua jurulatih baru Singa, kata bekas pemain nasional, yang dihubungi BH, dengan mereka juga mengharapkan perubahan pada pengendalian pasukan nasional kelak.

Bekas anggota majlis FAS dan penjaga gol Singapura, Yakob Hashim, berkata beliau ingin melihat Jawatankuasa Pasukan Nasional kembali dimasukkan dalam pentadbiran FAS dan lebih ramai jurulatih tempatan terlibat dalam barisan kejurulatihan skuad Singa.

Jawatankuasa Pasukan Nasional, yang bertindak bebas dan tujuan memberi cadangan serta maklum balas berkaitan pasukan nasional seperti pemilihan jurulatih dan pemain, pernah diwujudkan sekitar 1999. Namun, ia tidak lagi dilaksanakan masa kini, menurut laman web FAS.

“Kita memerlukan pakar teknikal untuk bertanyakan soalan penting, bukannya anggota majlis.

“Ketua jurulatih nasional juga perlu dapatkan jurulatih tempatan untuk membantunya dalam pemilihan pemain. Ini sekali gus memberi jurulatih tempatan pendedahan di peringkat antarabangsa. Kita mempunyai ramai jurulatih berlesen Profesional AFC di Singapura tetapi tidak diberikan peluang,” jelas Yakob.

Seorang bekas pemain Singapura, yang tidak ingin identitinya didedahkan, berpendapat bahawa ketua jurulatih baru itu akan perlu mencari muka baru untuk menggantikan pemain veteran seperti Hassan Sunny, Hariss Harun dan Safuwan Baharudin, di samping memastikan anak buahnya mendapat pendedahan antarabangsa yang berintensiti tinggi untuk mempersiap diri bagi kejohanan utama pada 2024.

“Saya berharap jurulatih baru ini dapat membawa semula mentaliti kemenangan dalam pasukan dan menyesuaikan diri pada budaya bola sepak di sini,” kata beliau, yang kini jurulatih belia.

“Matlamat kita adalah Kejohanan AFF. Jadi, dia ada masa mencukupi untuk mempersiapkan pemain. Saya mahu melihat Singapura bermain perlawanan menentang pasukan berkualiti tinggi walaupun kalah teruk sekarang. Selagi jurulatih ada pelan yang bagus, peminat harus bersabar dan memberikannya sokongan,” tambahnya.

Skuad Singa seterusnya berdepan China dalam perlawanan berturut-turut kelayakan Piala Dunia pada 21 dan 26 Mac. Aksi pertama akan berlangsung di Singapura.

Ini sebelum pasukan Singa menentang Korea Selatan di tanah air pada 6 Jun dan kemudian membuat perjalanan ke Thailand pada 11 Jun. 

Edisi seterusnya Kejohanan AFF dijangka berlangsung dari lewat November hingga Disember dalam format yang bermain di laman sendiri dan lawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >