Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bola sepak: Nishigaya dan FAS berpisah

Jan 29, 2024 | 9:23 PM
BUKAN LAGI JURULATIH: Takayuki Nishigaya telah beraksi sebagai jurulatih pasukan Lions sejak April 2022.
BUKAN LAGI JURULATIH: Takayuki Nishigaya telah beraksi sebagai jurulatih pasukan Lions sejak April 2022. - Foto REUTERS

Takayuki Nishigaya bukan lagi ketua jurulatih pasukan bola sepak nasional Singapura, selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), mengumumkan ia telah memutuskan untuk ‘berpisah’ dengan beliau.

Dalam satu kenyataan pada 29 Januari, FAS berkata ia telah memutuskan untuk “berpisah” dengan jurulatih Nishigaya sambil mengucapkan penghargaan kepadanya atas sumbangannya kepada Singapura.

FAS berkata, tempoh bagi menerapkan perubahan itu juga “ditetapkan selepas pertimbangan yang teliti” dan seorang pengganti baru akan diumumkan kelak.

Mengulas tentang keputusannya, FAS berkata, prestasi dan keputusan Pasukan Nasional sejak kebelakangan ini kekal berada di bawah jangkaan.

Persatuan itu menambah ia “yakin bahawa peralihan awal kepada seorang pengganti baru akan memberi tenaga baru kepada pasukan tersebut dan menawarkan laluan lebih panjang bagi pasukan itu membuat persediaan bagi perlawanan penting dalam beberapa bulan mendatang serta Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada hujung tahun”.

“FAS ingin meluahkan penghargaannya dan mengucapkan terima kasih kepada Nishigaya atas usahanya di Singapura dan semoga beliau terus berjaya dalam urusan lanjutnya,” kata FAS.

Nishigaya, 50 tahun, dan berasal dari Jepun, merupakan pengurus kedua pasukan Lions dan merangkul jawatan itu di bawah satu kontrak berlangsung dua tahun pada April 2022.

Beliau menggantikan Tatsuma Yoshida, yang terdahulu meletak jawatan dan meninggalkan tanggungjawab itu pada Disember 2021, setahun sebelum kontraknya tamat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg