Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bellingham ranapkan harapan Barcelona dalam La Liga

Apr 22, 2024 | 01:45 PM



MADRID: Jude Bellingham muncul sebagai wira Real Madrid selepas jaringannya pada minit-minit terakhir perlawanan membantu kemenangan dramatik 3-2 ke atas juara bertahan La Liga, Barcelona, pada 22 April.


Ini sekali gus membolehkan anak buah Carlo Ancelotti dengan kelebihan 11 mata selaku pendahulu liga.

Kemenangan itu turut melebarkan rekod tanpa kalah Madrid dalam semua pertandingan kepada 28 perlawanan – menang 22 dan seri enam – dengan kekalahan terakhir mereka di padang sendiri menentang Villarreal pada 8 April 2023.

Ancelotti memuji sumbangan penting pemain tengah England itu yang membawa Los Blancos semakin hampir kepada kejuaraan liga Sepanyol itu.

Madrid dua kali bangkit daripada ketinggalan menerusi jaringan Vinicius Junior dan Lucas Vazquez yang menyamakan kedudukan selepas Andreas Christensen dan Fermin Lopez menyumbatkan gol Barca sebelum Bellingham menghasilkan jaringan kemenangan pada masa kecederaan.

“Bellingham tiba pada masa yang tepat, beliau bekerja sangat gigih dalam perlawanan ini. Kemarau gol melanda dirinya sejak akhir-akhir ini tetapi hari ini, beliau menjaringkan gol yang sangat penting untuk meneruskan hasrat kami (mengecapi kejuaraan),” kata Ancelotti.

Barcelona, yang ingin menebus maruah diri daripada kekalahan di tangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu, menyaksikan keazaman mereka terbantut dek kecemerlangan Bellingham dan pemain Madrid secara am.

Madrid mempamerkan semangat sama ketika menentang Manchester City dan mara ke peringkat separuh akhir UCL sebelum Bellingham menggembirakan peminat sekali lagi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Santiago Bernabeu. – Agensi berita.

Bellingham, antara penjaring terbanyak Madrid dengan 21 gol dalam semua kejohanan, turut menjaringkan dua gol dalam aksi El Clasico ke atas Barcelona pada Oktober 2023 dan menjadi antara tonggak utama Madrid dalam musim pertamanya di Sepanyol ketika hanya berusia 20 tahun.


Dalam pada itu, jurulatih Barcelona, Xavi, dikatakan berang selepas pegawai video penolong pengadil (VAR) tidak dapat membuktikan bahawa sepakan Lamine Yamal telah melepasi garisan.


“Ia memalukan... jika kami mahu menjadi liga terbaik di dunia, kami perlu maju dalam aspek ini, anda perlu terapkan penggunaan teknologi,” kata Xavi sambil mengadu bahawa teknologi garisan gol yang digunakan dalam liga teratas lain termasuk Liga Perdana tidak tersedia di La Liga.


Penjaga gol Barcelona Marc-Andre ter Stegen bersetuju dengan jurulatihnya.


Pemain asal Jerman itu berkata: “Ia memalukan untuk bola sepak, saya tidak mempunyai kata-kata. Terdapat begitu banyak wang di dunia ini dan tidak ada wang untuk perkara yang paling penting.”– Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >