Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bernard Tan satu-satunya calon presiden FAS

Sep 01, 2023 | 02:27 PM



Pemangku presiden, Bernard Tan, dijangka menduduki jawatan tertinggi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas beliau satu-satunya calon yang menyerahkan pencalonannya apabila nominasi ditutup pada 6 petang Khamis.

Menurut perlembagaan FAS, jawatankuasa pilihan raya terdiri daripada tiga orang akan “terus menjalankan pemeriksaan kelayakan dan kewibawaan”.

FAS memerlukan calon presiden “berperanan secara aktif dalam persatuan bola sepak... untuk tempoh dua daripada lima tahun kebelakangan ini”.

Ini termasuk menjadi anggota lembaga atau jawatankuasa atau mempunyai peranan rasmi dalam badan pentadbiran dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), sebuah persatuan atau menjadi anggota biasa FAS.

Menyusuli pemeriksaan tersebut, satu pengumuman lanjut mengenai pengesahan calon presiden FAS bagi baki tempoh penggal 2021 hingga 2025 dalam Majlis FAS akan dibuat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum kongres tahunannya berlangsung pada 23 September ini di Sheraton Towers.

Tan adalah timbalan presiden FAS apabila presiden sebelum ini, Lim Kia Tong, meninggal dunia akibat serangan jantung pada September 2022.

Ketika itu, Lim adalah presiden pertama FAS yang dipilih pada 2017 sebelum beliau kembali tanpa bertanding empat tahun kemudian.

Tan, 57 tahun, kemudian mengambil alih sebagai pemangku presiden, sejajar dengan Perlembagaan FAS, memandangkan tiada masa yang cukup untuk satu pilihan raya diadakan di kongres 2022, sembilan hari selepas Lim meninggal dunia.

Presiden (Singapura) syarikat konglomerat Sinar Mas di Indonesia itu akan menamatkan khidmat 10 tahunnya di FAS pada Oktober, namun beliau telah melalui banyak cabaran semasa penggalnya selaku pemangku ketua.

Semasa tempohnya itu, pasukan negara tewas 4-1 kepada Malaysia dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean pada Januari, sebelum pasukan Singa bawah 22 tahun dibaham 7-0 oleh pesaing negara jiran di Sukan SEA Kemboja pada Mei.

Ia kekalahan paling teruk Singapura pada temasya sukan dwitahunan itu sejak 1971, dan skuad itu kalah dalam semua perlawanan mereka, sekali gus menamatkan kempen mereka di tangga paling corot dalam kumpulan mereka.

Menurut laporan The Straits Times, kededua pasukan bermain hambar dalam pertandingan serantau sepanjang sedekad lalu.


Pasukan Young Lions belum pernah melangkah ke peringkat separuh akhir dalam lima edisi Sukan SEA, sementara pasukan senior pula hanya sekali layak ke Kejohanan AFF, daripada lima pertandingan yang berlangsung.

Itu pun semasa pertandingan diadakan di tempat sendiri.

Selepas pertandingan tersebut, Tan telah memohon maaf selepas timbul komen di akaun Instagram beliau pada Mei, yang meminta agar beliau meletak jawatan.

Sejajar dengan itu, FAS menjalankan semakan dan telah membentangkan 10 saranan pada Julai tentang cara untuk memperbaiki skuad negara bagi menghadapi masa depan.

Meskipun dikecam, Tan pernah berkata bahawa beliau tetap komited pada tugasnya dan percaya akan dapat membangunkan sukan itu di sini.

Dalam satu wawancara bersama Berita Harian pada 7 Julai, Tan berkata:

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya berkhidmat untuk memuaskan hati pihak berkepentingan. Saya komited pada tugas ini. Saya telah melakukan banyak perkara bagi bola sepak (Singapura) dan masih banyak lagi yang ingin saya beri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >