Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Lebih peluang belia berbakat bukti upaya, dikenal pasti, mulai 2024

FAS umum Sistem Pentauliahan Akademi, Liga Belia Singapura untuk bangun bola sepak peringkat akar umbi
Aug 03, 2023 | 07:34 PM



Pemain daripada akademi bola sepak amatur setempat boleh menjangka peluang bertambah untuk dikenal pasti dan disertakan dalam program peringkat nasional apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melaksanakan sistem pentauliahan akademi tiga peringkat pada 2024.

Sistem Pentauliahan Akademi (AAS) FAS itu mengumpulkan akademi berdaftar dalam tiga kategori berdasarkan keupayaan masing-masing dan FAS akan menjejaki pembangunan pemain akademi-akademi itu.

FAS, pada Khamis, mengumumkan butiran mengenai sistem pentauliahan itu, bersama beberapa langkah lain untuk menyokong dan mengembangkan lagi bola sepak amatur atau di peringkat akar umbi di sini.

Ini termasuk mengadakan liga tempatan baru bagi belia berusia lapan tahun hingga 12 tahun dan memperuntuk supaya pampasan dibayar apabila pemain kelab amatur berpindah ke kelab profesional atau apabila pemain berpindah antara dua kelab profesional.

Pemangku presiden FAS, Bernard Tan, semasa mengumumkan usaha baru itu kepada media di Stadium Jalan Besar, berkata pelaksanaan AAS adalah usaha “paling berani dan menyeluruh”. 

“Buat masa ini, kami tidak ada wadah untuk menyatukan semua akademi di peringkat akar umbi dan wadah ini penting atas banyak sebab. Ia memberikan pangkalan data berhubung pemain dalam ekosistem, selain memastikan ada standard asas dan kelab-kelab dikendalikan selaras dengan falsafah bola sepak negara,” kata Tan.

“Sejujurnya, dahulu kami telah mencuba banyak inisiatif, tetapi ini mungkin adalah pendekatan paling berani dan menyeluruh dalam menyusun bola sepak akar umbi,” ujar beliau.

Menurut FAS, kira-kira 40 akademi belia dijangka menyertai AAS. 

Daripada jumlah itu, 25 kelab telah didekati FAS sejak Februari, manakala baki 15 adalah akademi yang menyuarakan minat mereka menerusi permohonan dalam taliannya.

AAS akan merangkumi tiga peringkat pentauliahan– Peringkat Satu (peringkat tertinggi) hingga Peringkat Tiga (peringkat asas) – dan ia akan berdasarkan kriteria mengenal pasti bakat, jurulatih, prestasi pemain, kebajikan pemain dan penilaian tahunan.

Pentauliahan ini akan membolehkan akademi berdaftar untuk memperoleh akses pada sistem pampasan latihan yang menyeluruh pada 2024.

Sistem itu digunakan untuk pemindahan domestik pemain antara kelab amatur dan profesional serta antara dua kelab profesional.

Ia bertujuan memastikan keadilan dalam sistem pemindahan pemain dengan mengiktiraf usaha dan pelaburan oleh kelab dan akademi bola sepak domestik dalam membangun bakat muda.

Pampasan latihan itu hendaklah dibayar sehingga akhir musim di mana pemain mencapai usia 23 tahun, tetapi pengiraan jumlah yang perlu dibayar hendaklah berdasarkan usia pemain dari 12 hingga 21 tahun.

Jumlah bagi pampasan latihan itu masih belum dimuktamadkan, kata FAS.

Bagaimanapun, Tan berkata angka itu mesti “kekal rendah” untuk “memastikan pampasan latihan tidak menjadi halangan untuk pemain beraksi secara profesional” tetapi juga tetap mencukupi bagi kelab asalnya.

“Apa saja jumlah (pampasan) lebih baik daripada sifar. Buat masa ini, seluruh sistem tersangkut kerana tiada pampasan diberikan. Jadi, kami harap untuk memulakannya dan akan menyesuaikan kuantum berdasarkan perkembangan liga dan keupayaan kewangan kelab,” kongsi beliau.

Bagi meningkatkan peluang permainan, Liga Belia Singapura (SYL) bakal diperkenalkan pada 2024

SYL akan merangkumi tiga kumpulan usia – bermula dengan bawah lapan tahun (U8), U10 dan U12. Liga U8 hingga U12 itu akan menampilkan aksi mingguan selama 33 minggu.

Satu liga U13 yang baru juga akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang antara kumpulan usia.

Buat masa ini, FAS hanya menganjurkan liga kompetitif untuk peringkat usia U15, U17 dan U21.

Pembentukan SYL akan menggandakan jumlah perlawanan yang sedia ada untuk pemain belia di Singapura, kata FAS. 

Dalam SYL U13 hingga U17, sebanyak 405 perlawanan dijangka dijadual untuk setiap peringkat usia, membawa jumlah keseluruhan untuk ketiga-tiga kumpulan usia kepada 1,215 perlawanan dalam setahun.

SYL U13 hingga U17 juga sasar untuk mempunyai tiga divisyen, di mana setiap divisyen mempunyai 10 pasukan. Ia bermakna ada kenaikan pangkat dan penyingkiran dalam liga tersebut.

“Ini untuk anak-anak kita. Jadi, ini adalah peluang untuk anak-anak bukan hanya bermain bola sepak, tetapi bermain di tahap bola sepak yang lebih tinggi dan lebih kerap…Ya, (penduduk) generasi ketiga mungkin mahu menjadi jurubank, tetapi dalam generasi keempat, kita sebaliknya mungkin ingin menjadi perenang, artis dan pemain bola sepak profesional yang bermain di tahap tinggi,” kata Tan.

“Aspirasi ini, saya fikir, adalah mulia dan kita harus membantu mereka. Jadi, dengan menyusun (akademi) akar umbi sebegini cara dan memupuk semangat ini, kami berharap lebih ramai kanak-kanak akan mengambil bahagian,” tambahnya.

Pertandingan bagi belia perempuan turut dirancang bagi masa depan.

Inisiatif FAS untuk membangunkan kelab dan akademi akar umbi


  • Sistem Akreditasi Akademi untuk mencungkil dan mengenal pasti bakat dari kelab akar umbi.
  • Sistem pampasan latihan untuk pemindahan domestik pemain antara kelab amatur dan profesional serta antara dua kelab profesional.
  • Liga Belia Singapura mulai peringkat usia bawah lapan tahun.
  • Progam Relawan FAS bertujuan menarik, melatih dan menguruskan relawan dalam operasi bola sepak.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >