Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LAWAN PEDANG

Berthier menang kejuaraan kolej AS kali ketiga berturut-turut

Rancang berlatih sepenuh masa bagi Olimpik Paris 2024
Apr 09, 2023 | 05:30 AM



LIMA tahun lalu, Amita Berthier memutuskan untuk berpindah ke Indiana, Amerika Syarikat, bagi mempertingkat kemahirannya dalam sukan lawan pedang di Universiti Notre Dame.



Sejak itu, mahasiswi berusia 22 tahun itu telah memenangi tiga pingat emas di Sukan SEA, satu pingat gangsa bagi acara berpasukan di Sukan Asia 2018 dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo pada 2020.



Baru-baru ini, Berthier membantu Notre Dame memenangi kejuaraan pasukan Persatuan Atletik Kolej Nasional Amerika Syarikat (NCAA) bagi tahun ketiga berturut-turut dan juga merangkul pingat individu keempat - pingat gangsa - dalam acara pedang 'foil' wanita.



Ia juga kali terakhir beliau beraksi dalam NCAA sebelum melengkapkan pengajiannya pada Mei ini.



Menyusuli itu, beliau bercadang menjalani latihan sepenuh masa bagi persiapan menjelang Olimpik Paris pada 2024.



Bercakap dengan akhbar The Straits Times (ST), Berthier berkata:



"Tempoh ini tidak mudah bagi saya... saya rindu rumah, keluarga, makanan kegemaran, cuaca dan lain-lain lagi yang menjadi kebiasaan saya.



"Mengimbangi masa antara latihan intensif dengan pengajian sebagai pelajar sepenuh masa amat sukar... dan adakalanya terlalu memenatkan.



"Persaingan di sini menjadi kian sukar saban tahun... setiap atlet bersaing bagi kejuaraan. Justeru ada tekanan yang amat hebat menjelang sebarang pertandingan... untuk berjuang sebaik mungkin dan mempertahankan kejuaraan dan mencipta sejarah.



"Memenangi kejuaraan tiga kali memberi kami satu perasaan amat bangga... dan perasaan ini akan bersama kami buat jangka masa panjang."



Buat masa ini, Amita, yang memburu ijazah jurusan sosiologi, berkata beliau tidak sabar meninggalkan alam pengajian dan berlatih sepenuh masa.



Jendela setahun untuk melayakkan diri ke Olimpik 2024 dibuka April ini dan beliau memburu kelayakan automatik menerusi ranking dunia.



Bagi berbuat demikian, beliau perlu menjadi antara dua atlet lawan pedang terbaik di wilayan Asia-Oceania.



Di Olimpik Tokyo - beliau melayakkan diri dengan memenangi pertandingan kelayakan serantau - tetapi disingkir di pusingan awal oleh Lee Kiefer, yang menyusuli itu menjadi juara.



Berthier tidak akan bertanding di Sukan SEA Kemboja - kali kedua beliau tidak beraksi di temasya sukan serantau itu - kerana membuat persiapan bagi peperiksaan.



Namun beliau sedang membuat persiapan bertanding di Sukan Asia Hangzhou pada September nanti.



Beliau memenangi pingat gangsa bagi acara berpasukan di Jakarta lima tahun lalu, tetapi tersingkir daripada pusingan 16 atlet dalam acara individu.



Beliau berharap pengalaman di Amerika akan membantunya meraih keputusan lebih baik di China.



Beliau berkata:



"Berada di Amerika membantu saya menjadi lebih berdaya saing. Terdapat ramai atlet di sana untuk diajak bersaing. Notre Dame pula menawarkan antara kemudahan terbaik bagi pelajar yang juga atlet dan ada banyak pertandingan yang boleh disertai untuk menguji keupayaan.



'Saya berharap pengalaman ini menjadikan saya atlet lawan pedang lebih baik dan bersedia bagi Sukan Asia."



Pengarah teknikal Lawan Pedang Singapura, Marko Milic, berkata persekutuan itu akan memberi sokongan apa yang perlu kepada Amita.



Beliau berkata: "Kami sedang bekerja keras bersama Institut Sukan Singapura untuk membina sekitaran latihan kukuh di Singapura.



"Di masa depan, kami berharap dapat menawarkan lebih banyak pilihan kepada atlet kami, dan bukan sahaja Amita.



"Meskipun mereka boleh menimbangkan Amerika sebagai satu pilihan destinasi latihan, kami juga mahukan keadaan yang baik di sini, supaya mereka dapat membangun kemahiran di Singapura."



Berthier, yang telah hidup berdikari seorang diri di Amerika sejak berusia 17 tahun, memberi nasihat berikut kepada atlet muda lain yang ingin mengikut jejaknya:



"Anda harus bersedia bekerja keras, melupakan hidup sosial yang normal dan berkawan dengan orang yang boleh memberi anda sokongan. Anda juga harus cekal dan tidak terlalu rindu kepada rumah dan keluarga.



"Ini semua harus lahir daripada diri anda sendiri, bukan daripada ibu bapa atau pihak lain, tapi daripada keinginan dan kemahuan mencapai matlamat yang ditentukan di akhir perjalanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >