Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BG Pathum sertai Piala Singapura selepas 13 tahun

Jan 6, 2025 | 5:44 PM
Piala Singapura akan bermula pada Februari dan akan disertai oleh pasukan Thailand, BG Pathum United.
Piala Singapura akan bermula pada Februari dan akan disertai oleh pasukan Thailand, BG Pathum United. - Foto FAS

Selepas 13 tahun tidak menyertai Piala Singapura, BG Pathum United kini kembali untuk merebut trofi pertandingan tersebut buat kali kedua.

Mereka pertama kali menyertai pertandingan itu pada 2009, di mana mereka dikalahkan Geylang 1-0.

Tahun seterusnya, pada 2010, mereka berjaya kalahkan Tampines Rovers 1-0, dan mencatat sejarah sebagai pasukan asing pertama memenangi piala tersebut.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menjalankan cabutan kumpulan pertandingan pada 6 Januari di Stadium Jalan Besar.

Edisi ke-25 pertandingan itu akan merangkumi 10 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

BG Pathum diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Lion City Sailors, Geylang International, Tanjong Pagar dan Balestier Khalsa.

Perlawanan pertama Kumpulan B akan berlangsung pada 2 Februari, dengan BG Pathum menentang Tanjong Pagar di Stadium Jurong East dan Geylang International menentang Balestier di Stadium Jalan Besar.

Kumpulan A pula menampilkan Albirex Niigata (S), BG Tampines Rovers, Brunei DPMM, Hougang United, dan Young Lions.

Perlawanan bagi Kumpulan A akan berlangsung pada 1 Februari, dan bakal menyaksikan Hougang United, juara 2022 Piala Singapura, menentang Albirex di Stadium Jurong East, manakala BG Tampines Rovers menentang Brunei DPMM di Stadium Jalan Besar.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung hingga 30 Mac.

Dua pasukan teratas daripada kededua kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir, dengan setiap pasukan akan menentang antara satu sama lain dua kali.

Perlawanan peringkat separuh akhir akan dimainkan pada 22 April dan 6 Mei.

Final akan dimainkan pada 31 Mei.

Piala Singapura bermula pada 1998, dan ia merupakan pertandingan piala paling berprestij di negara ini.

Lion City Sailors, dulu dikenali sebagai Home United, memenangi piala tersebut sebanyak tujuh kali, jumlah tertinggi.

Warriors, Tampines dan Albirex terikat di tempat kedua dengan empat piala pertandingan tersebut.

Kesemua perlawanan Piala Singapura akan disiarkan secara langsung di Starhub TV dan Singtel TV.

Penyokong juga boleh menyaksikan perlawanan ini melalui akaun Youtube rasmi Liga Perdana Singapura (SPL).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg