Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biles bantu AS raih emas gimnastik berpasukan

Jul 31, 2024 | 4:22 PM
Simone Biles (kanan) bersama rakan sepasukan bergembira selepas memenangi emas dalam aksi gimnastik berpasukan artistik wanita.
Simone Biles (kanan) bersama rakan sepasukan bergembira selepas memenangi emas dalam aksi gimnastik berpasukan artistik wanita. - Foto AFP

PARIS: Srikandi gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles, memenangi pingat emas Olimpik kelima dalam kerjayanya apabila beliau memimpin pasukan negara itu di pentas final pasukan gimnastik artistik wanita.

Kemenangan itu sekali gus memadamkan kekecewaannya untuk meraih emas dalam Sukan Olimpik di Tokyo.

Tiga tahun selepas Biles berdepan masalah mental dan terpaksa menarik diri daripada final berpasukan dalam Sukan Olimpik Tokyo, Amerika hanya mampu meraih pingat perak.

Kali ini di Paris, beliau dan rakan sepasukannya – Jordan Chile, Jade Carey dan Sunisa Lee – meraih emas dengan mengatasi Italy, manakala Brazil memperoleh gangsa.

Amerika mengumpul markah tertinggi dengan 171.296 mata, 5.802 mata melebihi Italy.

“Selepas saya selesai... saya berasa lega kerana saya tidak mengenang kembali (pengalaman buruk lalu) atau apa-apa,” kata Biles pada sidang media yang dipenuhi wartawan.

Semasa Sukan Olimpik Tokyo yang tertangguh akibat pandemik, Biles berdepan masalah mental yang dikenali sebagai ‘twisties’.

Beliau menarik diri daripada kebanyakan acaranya, tetapi masih membawa pulang sebutir perak dan sebutir gangsa. – AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg