MELBOURNE: Bintang pemain tenis adik-beradik dunia, Venus dan Serena Williams, akan bertemu untuk kali kesembilan di peringkat akhir kejohanan Grand Slam petang ini setelah kededua mereka berjaya mengatasi pencabar mereka di peringkat separuh akhir.
Venus, 36 tahun, yang menduduki tangga ke-13 dalam ranking dunia mengalahkan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Coco Vandeweghe, 6-7 (3-7) 6-2 6-3 bagi melangkahkan kaki ke peringkat akhir pertamanya sejak 2009.