Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Bintang Eropah jadi buruan kelab England jelang musim perpindahan 1 Januari

Jan 01, 2024 | 05:31 AM



LONDON: Jendela perpindahan pemain di Eropah bermula 1 Januari.


Desas-desus para pemain handalan dari serata Eropah terus dikaitkan dengan beberapa kelab bola sepak besar kini hangat diperkatakan dalam media.

Berikut antara pemain yang dikatakan mungkin menjadi sasaran kelab-kelab gergasi di Eropah, termasuk seorang penyerang asal Mexico.

Santiago Gimenez, Feyenoord

Penyerang asal Mexico ini, bermain cemerlang sepanjang 12 bulan yang menyaksikan beliau menjaringkan 31 gol Liga Belanda atau Eredivisie.

Beliau juga dinamakan sebagai pemain terbaik 2023 oleh majalah bola sepak Belanda, Voetbal International.


Dikhabarkan bahawa Tottenham, Chelsea dan Arsenal selain Fulham telah dikaitkan dengan pemain itu namun Feyenord dikatakan akan meminta sekitar £60 juta ($100.9 juta) untuk melepaskan pemain tersebut.

Beberapa kelab dari Liga Sepanyol atau La Liga juga dipercayai berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Gimenez dilahirkan di Buenos Aires, Argentina, tapi membesar di Mexico selepas ayahnya, Christian, yang pernah menyertai pasukan antarabangsa Mexico – berpindah ke sana untuk bermain secara profesional.







Serhou Guirassy, Stuttgart

Penyerang asal Guinea ini memulakan musim Liga Jerman atau Bundesliga dengan cemerlang, menyaksikan beliau menjaringkan 14 gol dalam lapan perlawanan liga sehingga mendapat tumpuan kelab-kelab serata Eropah.

Manchester United dan Newcastle dikhabarkan antara kelab di England yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu yang menyertai Stuttgart secara tetap dari Rennes pada musim panas yang baru lalu.

Sebelum ini beliau hanya dipinjamkan kepada Stuttgart.

Stuttgart menetapkan harga perpindahannya pada nilai £15.2 juta dan wakil pemain berusia 27 tahun itu memberi bayangan bahawa penyerang itu berhasrat meninggalkan kelab Jerman tersebut sekiranya sebuah pasukan di England melahirkan minat untuk mendapatkan khidmatnya pula.

Namun penglibatannya dalam Piala Negara-Negara Afrika, yang dijadual bermula 13 Januari akan menyukarkan perpindahannya.







Viktor Gyokeres, Sporting

Pada 2022, Viktor Gyokeres telah membantu Coventry ke peringkat play-off dalam Liga Championship. Tapi kini mendapati dirinya berada di puncak Liga Portugal selepas menjaringkan 17 gol dalam 20 perlawanan yang disertainya dalam semua pertandingan.


Penyerang asal Sweden berusia 25 tahun itu dikhabarkan mendapat perhatian pasukan England, Brighton, selama tiga tahun namun belum pernah bermain dalam Liga Perdana England (EPL) sebelum bermain di Coventry.

Sporting dilaporkan membayar euro 20 juta ($29.1 juta) untuk mendapatkan khidmatnya semasa musim panas baru lalu, tapi kini meletakkan harga euro 100 juta untuk melepaskannya.

Namun itu tidak menghalang pasukan gergasi seperti Arsenal, Chelsea dan Milan yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain itu.







Andre, Fluminese

Fulham telah mula mengadakan perbincangan untuk mendapatkan khidmat pemain ‘midfield’ asal Brazil ini yang dikhabarkan mempunyai nilai perpindahan £30 juta. Nilai itu mungkin berubah, menurut beberapa laporan.

Andre yang merupakan antara pemain Fluminense yang tewas di tangan Manchester City dalam Piala Dunia Kelab yang baru lalu, juga dipantau pasukan England lain seperti Manchester United dan Liverpool dan mungkin menyasarkan untuk sertai kelab-kelab besar.

“Saya tonton EPL dan sudah menjadi impian saya untuk bermain di sana,” katanya.

“Tumpuan saya memang untuk tamatkan musim dengan Fluminense. Namun impian saya nyata – untuk menjadi pemain dalam EPL.”







Lamine Camara, Metz

Pemain remaja berusia 19 tahun ini menyertai Metz pada Februari 2023, namun banyak pasukan yang mula meninjaunya selepas menjaringkan gol jauh semasa menentang AS Monaco pada Oktober.

Bakat terkini itu bermula di Akademi Generation Foot di ibu kota Senegal, Dakar, yang sebelum ini turut melatih beberapa pemain hebat seperti Sadio Mane dan Ismaila Sarr.

Malah Camara telah ditabal selaku pemain muda Afrika bagi Disember.

Beliau dibandingkan dengan pemain seperti Kevin De Bruyne dan Toni Kroos, dan kini mendapat perhatian pasukan seperti Brighton dan Chelsea.







Ivan Toney, Brentford

Penyerang antarabangsa England itu telah mula berlatih sejak pertengahan September dan mengakui bahawa larangan bermain terhadapnya selama lapan bulan atas kesalahan berjudi, dianggap sebagai “penjara bola sepak”.

Larangan terhadapnya akan berkahir pada 16 Januari dan soalannya kini adalah sekiranya beliau akan terus bersama Brentford.

Ini selepas pengarah pasukan itu, Lee Dykes, mengakui bahawa “mungkin sudah tiba masanya Ivan berpindah ke kelab lain”.

Arsenal, Chelsea dan Tottenham dilaporkan telah berbincang tentang kemungkinan perpindahan pemain itu ke kelab masing-masing.

Toney telah menjaringkan 32 gol dalam 68 perlawanan EPL yang melibatkannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >