Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bintang Liverpool tiba di Singapura

Jul 13, 2022 | 08:06 PM



HOTEL Ritz-Carlton dibanjiri warna merah hari ini (13 Julai) dengan lebih 200 penyokong kelab bola sepak England, Liverpool, menyambut ketibaan bintang pujaan mereka.



Seawal 10 pagi, penyokong Liverpool itu menanti hingga sekitar 6 petang tadi sebelum para pemain termasuk Mohamed Salah, Virgil Van Dijk dan Trent Alexander Arnold tiba di hotel tersebut, menjelang perlawanan Trofi Singapura Standard Chartered 2022 di Stadium Negara lusa, menentang satu lagi pasukan kelab Liga Perdana England, Crystal Palace.



Antara penyokong yang sanggup bermandi peluh di depan lobi hotel itu ialah pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East, Naif Syabil Khan, 17 tahun.



Beliau bersama sepupunya, Syed Muhammad Zaheer dan rakannnya, Naufal Rahim, kedua-duanya 17 tahun, telah menunggu sejak 1 petang.



“Kaki kami ada rasa lenguh setelah berdiri lama untuk beberapa jam. Tapi, demi Liverpool, kami sanggup,” kata Syabil, yang menyokong Liverpool sejak kecil dan ingin bertemu pemain sayap Luis Diaz.



Pasukan Liverpool tiba di sini dari Bangkok, Thailand selepas bersaing dalam Piala Centenary Bangkok semalam, yang mana mereka tewas kepada musuh ketat Manchester United 0-4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >