Ketibaan Omar Assar di Singapura sempena kejohanan tenis meja, Singapore Smash, sebagai antara pemain tenis meja terbaik yang pernah dilahirkan Mesir sememangnya bukan sesuatu yang mengejutkan.

Beliau dibesarkan di Desouk, sebuah bandar utara Mesir yang sekian lama dikenali sebagai antara pusat perkembangan tenis meja negara itu.