Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

5 bintang muda dijangka tempa nama

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mempunyai sejarah yang panjang sebagai pentas di mana pemain muda telah berkembang. Ini termasuk Nguyen Quang Hai, Pratama Arhan, Ikhsan Fandi dan Kritsad a Kaman - semuanya telah muncul sebagai pemain bintang sejak beberapa edisi AFF lalu. Untuk AFF 2022, BERITA HARIAN meninjau lima bintang muda yang mungkin memberi impak kepada pasukan masing-masing bulan ini.



Witan Sulaeman (Indonesia)



Witan Sulaeman menikmati kejayaan cemerlang pada tahun 2021 dan merupakan salah seorang daripada ramai bintang muda Indonesia di kejohanan AFF sebelum ini apabila persembahannya di bahagian sayap membantu Indonesia mara ke final untuk kali keenam.



Pemain berusia 21 tahun itu akan kembali ke pertandingan itu untuk membantu negaranya memenangi kejohanan buat kali pertama.



Sieng Chanthea (Kemboja)



Sebahagian daripada gelombang anak muda Kemboja yang berbakat, Sieng Chanthea yang berusia 20 tahun telah lama menjadi bintang pasukan belia Kemboja dan kini berada di ambang menjadi pemain utama untuk pasukan 'senior'.



Dinobatkan dalam XI Terbaik liga domestik untuk prestasi baik bersama pasukan tempatannya, Boeung Ket, penyerang itu menyertai AFF 2022 dengan penuh keyakinan dan berkemungkinan akan memimpin Kemboja untuk mara ke pusingan kalah mati.



Khuat Van Khang (Vietnam)



Pemain termuda dalam senarai ini yang berusia hanya 19 tahun, Khuat Van Khang berusaha keras untuk mendapatkan tempat dalam skuad Vietnam di bawah jurulatih yang cenderung memilih pemain yang lebih berpengalaman.



Dianggap sebagai bintang muda Vietnam yang berbakat besar, beliau akan berusaha untuk mempamerkan kebolehan kaki kirinya dengan kawalan rapat, hantaran dan hantaran silang yang baik sekiranya beliau dipanggil.



Ilhan Fandi (Singapura) 



Anak legenda Fandi Ahmad, beliau akan ingin mengikuti jejak abangnya, Irfan dan Ikhsan, dalam mewujudkan dirinya sebagai pemain utama dalam pasukan Singapura.



Baru sahaja menandatangani kontrak untuk berpindah ke Belgium bagi meneruskan karier kelabnya, ia jelas bahawa Ilhan Fandi, yang berusia 20 tahun, adalah bintang muda yang kian diberi tumpuan.



Mukhairi Ajmal (Malaysia) 



Salah seorang bakat muda terbaik dalam bola sepak Malaysia, Mukhairi Ajmal baru berusia 21 tahun bulan lalu tetapi sudah pun bersedia untuk membuat penampilan sulung di kejohanan antarabangsa utama iatu AFF 2022.



Terutamanya seorang pemain tengah, tetapi juga boleh bermain di sayap, Mukhairi telah dicalonkan baru-baru ini untuk anugerah Pemain Muda Terbaik di tanah airnya dan akan berusaha untuk membantu Malaysia memburu kejohanan AFF kedua mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >